Program Menggilap Permata


Program Menggilap Permata

Rabu, 14 Jun telah diadakan Program Menggilap Permata. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan pencapaian gred A dalam semua mata pelajaran dengan mewujudkan budaya yang sistematik dan terancang.

Mentor dan mentee bergambar bersama






Disamping itu, program ini berlangsung di tapak perhimpunan. Pelajar-pelajar ini dipilih  melalui keputusan peperiksaan TOV dan peperiksaan pertengahan tahun. Kumpulan pelajar ini terbahagi kepada dua iaitu pelajar straight A+ dan pelajar straight A.

Pelajar-pelajar sedang mendengar penjelasan tentang program daripada Cikgu Siti Salmah
Pengetua memberi ucapan

Kemudian, pelajar ini diberikan seorang mentor masing-masing. Kumpulan pertama iaitu pelajar  straight A+ ialah Soorya A/L Balasubramian mentornya ialah Pn Hjh Siti Noor Radziana. Manakala kumpulan pelajar straight A pula terdiri kepada Chong Cheng Yee dan Siti Noor Syazana, Natasha Aisyah, Fatin Nabilah, John Jemiru, Abdul Hakkam dan Asyeela Adibah.

Pamflet program dan button yg diberikan kepada pelajar-pelajar

Seterusnya, mentor-mentor yang terlibat ialah Pn Ashwita, Encik Rosman, Pn Hjh Zuraida, Pn Juliana, Pn Nur Asilah dan Pn Hjh Norizan. Program ini juga dapat meningkatkan kemahiran kefahaman dan penguasaan terhadap semua mata pelajaran yang akan diambil dalam SPM 2017.

Perbincangan tentang program bersama mentor dan mentee disertai dengan pengetua

Saya berharap program ini dapat membantu pelajar-pelajar yang terpilih dalam  semua mata pelajaran. Pelajar-pelajar yang terpilih juga perlulah menuntut ilmu dengan mentor-mentor. Akhir kata, bak cogan kata jadilah sepohon kayu yang berbuah lebat,dibaling batu dibalas dengan buah.

-Nurfatin Atiqah Binti Mohd Ithnin








Comments

Popular posts from this blog

ROAD RELAY 2016

Gotong Royong Perdana