Gotong Royong Perdana

Satu aktiviti gotong-royong telah diadakan di SMK Rantau Petronas pada 28 Januari baru-baru ini. Gotong-royong telah melibat semua pelajar, guru, kakitangan dan ibubapa. Tujuan diadakan aktiviti gotong-royong adalah untuk menyemai cintakan kebersihan dan keindahan ke dalam diri pelajar SMKRP. Di antara aktiviti yang dijalankan termasuklah membersihan kawasan sekolah, memusnahkan tempat pembiakan jentik-jentik, menghias kelas dan mengecat.

Pihak sekolah telah mendapat kerjasama dari Majlis Daerah untuk memungut sampah yang dikumpulka di kawasan sekolah.Pihak majlis telah menghantar lori bagi memungut dan membuang sampah sepanjang aktiviti gotong-royong ini. Makanan disediakan oleh pihak sekolah kepada semua pelajar yang terlibat sebaik sahaja aktiviti gotong-royong berakhir. Semoga aktiviti barfaedah ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang. Terima kasih kepada semua warga yang terlibat secara langsung dan tidak lansung-NewAdmin.

Sekitar Aktiviti Gotong-Royong

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Comments

Popular posts from this blog

Program Menggilap Permata

ROAD RELAY 2016