Posts

Showing posts from June, 2018

Perkhemahan Perdana (Unit Beruniform) SMKRP 2018

Image
RABU- JUMAAT 02-04 MEI 2018, Perkhemahan Perdana (Unit Beruniform) SMKRP 2018 Rabu 02 sehingga Khamis 04 Mei telah diadakan Perkhemahan Perdana SMKRP 2018. Perkhemahan ini merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Terdapat 7 Unit Beruniform yang menyertai perkhemahan ini iaitu Pandu Puteri, Kadet Polis, Kadet Bomba, Pengakap, Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Puteri Islam. Seramai 270 pelajar yang menyertai perkhemahan tersebut. Persediaan tapak perkhemahan Terdapat beberapa pertandingan yang telah diadakan semasa perkhemahan tersebut seperti pertandingan gadget, orienteering, istana pasir, masakan rimba, pertolongan cemas, kawad dan banyak lagi. Selain itu, pihak sekolah juga telah menjemput Pasukan Bomba dan Penyelamat Kerteh untuk mendemonstrasikan beberapa cara untuk menyelamatkan diri dan memadamkan api apabila berlaku kebakaran. Ketua Pasukan Pegawai Bomba dan Penyelamat Kerteh  telah menyampaikan ceramah selepas demonstrasi