SEJARAH


Sejarah Penubuhan Sekolah

Sekolah Rantau PETRONAS ( SRP ) mula dikonsepsikan sebagai sebuah sekolah antarabangsa (an International School ) untuk memenuhi keperluan pendidikan anak-anak pegawai dan pekerja ‘expatriate’ dari luar negara seperti Amerika Syarikat, England dan sebagainya yang bekerja dengan EPMI dan PETRONAS. Kompleks bangunan sekolah ini dimasukkan dalam pelan induk untuk pembangunan  Rantau PETRONAS. Maka dengan itu, reka bentuk dan kemudahan yang terdapat di sekolah ini dibuat dengan menggunakan kriteria yang biasa terdapat di sebuah ‘Sekolah Antarabangsa’ yang terbaik. 

Setelah bangunan ini siap dibina didapati bilangan anak-anak pegawai dan kakitangan expatriate PETRONAS dan EPMI tidaklah ramai. Bilangan pegawai ini telah menurun akibat dasar dan proses Malaysianisation. Walaupun masih ada sebilangan kecil pegawai-pegawai expatriate ini yang mempunyai anak bersekolah, kebanyakan mereka telah menghantar anak-anak mereka ke International School di Kuala Lumpur atau sekolah-sekolah lain yang seumpamanya. Sehubungan itu, Sekolah Rantau PETRONAS tidak pernah dijadikan an International School.
 
Pada tahun 1986, satu cadangan telah dibuat oleh pihak PETRONAS untuk menggunakan bangunan dan kemudahan sekolah ini sebagai sekolah untuk anak-anak pegawai dan kakitangan PETRONAS dan EPMI serta anak-anak tempatan mengikut kemampuan fizikal sekolah. Setelah rundingan dibuat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia ( Kementerian Pelajaran Malaysia - KPM ), satu permohonan telah dibuat dengan KPM untuk mendaftarkan sekolah ini sebagai sebuah sekolah swasta ( private school ) oleh Encik Nik Aziz bin Mohd Kamil, General Manager, Human Resources Development,  PETRONAS pada 28 September 1987.Satu kertas yang menggariskan konsep pendidikan, pentadbiran dan kurikulum sekolah ini telah disediakan dengan ciri-ciri berikut :

1.                  Establishment of the School
The establishment of a private national school in Rantau PETRONAS, Kerteh, Terengganu is mainly to cater for children of employes of EPMI dan PETRONAS. Children of locals too shall be given the opportunity to enroll.

2.                  Types of the School
The school shall be registered under the Education Act 1961 as a private school. It shall incorporate the primary as well as the secondary level. The medium of instruction is Bahasa Malaysia, comforming to the national curriculum.

3.                  Class Size
The number of pupils per class does not exceed 25. To ensure personal attention and maximum progres, the overall teacher-pupil ratio does not exceed 1:25.

4.                  Teachers
Teachers for the school shall be recruited on secondment basis from the Ministry of Education. The period of secondment shall be 2 years. The class-teacher ratio for the primary level and the secondary level is 1:1:5 and 1:1:43 respectively.

5.                  Management
The school’s overall management which include service, administration and development will be undertaken by PETRONAS. Expenditure for initial set up and subsequent operation of the school shall be on cast-sharing basis between EPMI dan PETRONAS.

SRP mula dibina sejak pertengahan tahun 1984 dan siap pada Januari 1986 di kawasan Rantau Petronas di atas tanah seluas 1.5 hektar.  Kompleks ini mula digunakan pada 1 Julai 1987.  Pengetua  yang pertama sekolah ini ialah Encik Jamaludin bin Ali. Perakuan Sementara Pendaftaran Sekolah telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Terengganu ( Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu - JPNT ) pada 16 Ogos 1988. Kos fasa pertama ialah RM 9 juta dan kos tambahan ialah RM 6.6 juta. Kos pengoperasian dan pengurusan sekolah ini dibiayai sepenuhnya oleh PETRONAS dan EPMI.  Sebahagian besar tenaga pengajar ( guru-guru ) dipinjam daripada Kementerian Pendidikan Malaysia manakala kakitangan bukan akademik terdiri daripada kakitangan PETRONAS. Pengetua sekolah bertindak sebagai Pengurus Kurikulum, dibantu oleh dua orang Penolong Kanan ( Rendah dan Menengah ). Penolong Kanan bertindak sebagai penyelia kurikulum dan kokurikulum. Tugas-tugas pentadbiran diuruskan oleh seorang Pendaftar.

Tujuan asal penubuhan sekolah ini adalah untuk memberi kemudahan pendidikan kepada anak-anak pegawai dan kakitangan PETRONAS dan EPMI yang bekerja di Kerteh. Keadaan telah berubah apabila minyak dan gas menjadi ‘core busines’ PETRONAS menyebabkan PETRONAS mahu menyerahkan SRP kepada KPM dan PETRONAS akan terus memberi sumbangan dan bantuan dalam bentuk ‘in kind’. Mulai 1 Januari 1998 pengurusan PETRONAS membuat keputusan tidak lagi mengambil pelajar untuk Tahun 1 dan Tingkatan 1. Penutupan SRP menimbulkan implikasi  kepada kakitangan PETRONAS dan EPMI yang menginginkan kualiti pendidikan dalam kalangan anak-anak mereka. PETRONAS akan menyerahkan SRP kepada KPM secara ‘lock, stock & barrel’. Isu utama yang mesti diselesaikan terlebih dahulu ialah hak milik tanah ( tapak SRP ) yang pajakannya ada 20 tahun lagi. Pihak PETRONAS memerlukan surat perakuan yang menyetakan  KPM bersetuju menerima SRP sebagai sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan untuk menyelesaikan isu tanah dengan SEDC  ( lampiran 1 ). Kemudahan fizikal di SRP setaraf dengan sekolah-sekolah kerajaan lain di Malaysia malah lebih baik baik dan setanding dengan kemudahan ‘Smart School’ ( lampiran 2 ). PETRONAS mencadangkan SRP dijadikan salah sebuah sekolah ‘Smart School’.

Tenaga pengajar SRP seramai 91 orang ( 1 orang pengetua,  32 orang guru sekolah menengah dan 58 orang guru sekolah rendah )  merupakan guru pinjaman KPM ( 58 orang ), guru kontrak dan guru sandaran. Sekiranya sekolah ini diserahkan kepada KPM, pengetua dan guru-guru pinjaman akan kembali menjadi guru-guru KPM dengan gaji seperti yang sepatutnya mereka perolehi di sekolah kerajaan. Pihak PETRONAS boleh menamatkan guru-guru kontrak dengan memberi tiga bulan notis sementara guru-guru sandaran sebulan notis manakala kakitangan bukan akademik akan diambil balik oleh PETRONAS. Sekiranya pihak KPM bersetuju menerima sekolah ini pihak PETRONAS sedia menimbang untuk meneruskan pengambilan pelajar tahun 1 dan Tingkatan 1 bagi sesi 1998 dan tahun-tahun berikutnya sehingga isu penyerahan SRP selesai. Apabila SRP diserahkan secara rasmi, KPM akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala yang berkaitan dengan pendidikan. Satu jawatankuasa yang terdiri daripada pegawai-pegawai PETRONAS,  KPM, JPNT dan Kerajaan Negeri Terengganu telah ditubuhkan untuk melicinkan proses penyerahan.



Pentadbiran SRP

Pengurus besar, Jabatan Pengurusan Sumber Tenaga Manusia, PETRONAS bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pentadbiran sekolah yang membabitkan aspek dasar seperti perlantikan guru dan kakitangan,  pengambilan pelajar,  pembangunan dan perbelanjaan. Untuk menentukan kelancaran perjalanan sekolah dari sehari ke sehari, Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Pantai Timur, di Kerteh telah dilantik sebagai wakil kepada di atas.
Pihak pengurusan PETRONAS juga telah menubuhkan satu Lembaga Pengurusan dan Pengelolaan Sekolah yang bertanggungjawab untuk memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar dan membantu pihak PETRONAS menggubal dasar spesifik yang diperlukan oleh sekolah dari semasa ke semasa. Lembaga ini mempunyai 10 orang ahli yang terdiri daripada mereka yang berikut pada tahun 1988:

a.                   Wakil PETRONAS ( 3 orang )
i.                     Encik Nik Aziz bin Mohamed Kamil
Pengurus Besar, Pengurusan sumber Tenaga Manusia.
ii.                   Encik Abdullah bin Ahmad
Pengurus Besar, PETRONAS Wilayah Pantai Timur.
iii.                  Encik Marzuki bin Abdullah
Pengurus, Jabatan Penganjuran Pendidikan.

b.                  Wakil EPMI ( 3 orang )
i.                     Tuan Syed Hashim bin Tuan Long
Pengurus Pentadbiran
ii.                   Tuan Haji Abdullah bin haji Mohamed
Timbalan Penguasa Penyelenggaraan
iii.                  Encik D.E Loveless
Pengurus Perkhidmatan Perumahan

c.                   Wakil Kementerian Pendidikan ( 3 orang )
i.                     Encik Mat Nor bin Daim
Timbalan Pengarah (2), Bahagian Sekolah-Sekolah.
ii.                   Encik Navaratnarajah
Timbalan Pendaftar Besar Sekolah-Sekolah.
iii.                  Encik Jumali bin Kassan
Pengarah Pendidikan Terengganu.
d.                  Wakil Kerajaan Terengganu (1 orang)
i.                     Tuan Haji Ahmad Anuar bin Mohamad
Timbalan Yang Dipertua, Majlis Daerah Kemaman.

Pada sesi ( 1998/99 ), Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah ialah Encik Nik Abdul Aziz bin Mohamed Kamil, Pengurus Besar, Pengurusan Sumber Manusia, PETRONAS. Pengetua dan Pendaftar sekolah bertindak sebagai Setiausaha dan Penolong Setiausaha kepada Lembaga ini.


Pentadbiran SMKRP

Mulai 1 Januari 1999, sekolah ini telah diserahkan kepada KPM yang bertanggungjawab dalam bidang pentadbiran, pengurusan kewangan, kelengkapan peralatan, pengambilan guru, kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan. Ekoran daripada penyerahan, status sekolah ini telah bertukar daripada sekolah swasta kepada sekolah bantuan penuh kerajaan. Pengurusan baru ini diterajui oleh En. Fauzi b. Ismail selaku pengetua dan dibantu oleh Pn. Hjh Faridah bt. Salleh (GPK Pentadbiran), En Zakaria b. Jusoh (GPK Hal Ehwal Murid), dan En Zamry b. Abdullah (GPK Kokurikulum. Struktur organisasi adalah seperti berikut ;
Pengetua
GPK Pentadbiran
GPK Hal Elwal Murid
GPK Kokurikulum
GKMP mengikut  bidang ( Bahasa, Sains & Matematik, Vokasional & Kemanusiaan )
Guru-guru
Kakitangan Sokongan & Pembantu Makmal


SMK Rantau Petronas Sekarang

Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Petronas ( SMKRP ) merupakan sebuah sekolah harian yang terletak di antara Pekan Kerteh dengan Pekan Kemasik. Pada peringkat awal ( 1 Julai 1987 ) sekolah ini mula beroperasi sebagai sebuah sekolah persendirian yang dikenali sebagai Sekolah Rantau PETRONAS ( SRP ) sehinggalah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 1 Januari 1999 dan ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Petronas.

Sejak diambil alih, SMKRP terus unggul dan mampu menyaingi sekolah-sekolah yang hebat di daerah Kemaman seperti Sekolah Elit, SMK Mak Lagam dan Sekolah Premier, SMK Chukai, khususnya dalam bidang akademik. SMKRP banyak memberi sumbangan dan telah berjaya mengharumkan nama daerah Kemaman dan juga negeri daripada pelbagai aspek, mencakupi  kurikulum dan kokurikulum.

Dalam bidang kurikulum, gred purata sekolah, GPS untuk SPM telah menunjukkan peratus penurunan yang sangat ketara  dari tahun 2009 hingga 2011 iaitu dari 3.66% kepada 3.13%. Penurunan sebanyak 0.14 ini membuktikan SMKRP mampu bersaing dengan sekolah-sekolah cemerlang yang lain di daerah Kemaman ini. SMKRP telah berjaya mendapat Anugerah Sekolah Terbaik SPM berasaskan Peratus Semua ‘A’ kategori Sekolah Harian dan SABK Peringkat Negeri bagi Tahun 2009, Anugerah Sekolah Terbaik PMR berasaskan Peratus Semua ‘A’ kategori Sekolah Harian dan SABK Peringkat Negeri bagi tahun 2009, Penyumbang Pelajar 10 A+ SPM 2010 untuk daerah dan sekaligus negeri, Sekolah Terbaik Pencapaian Mata Pelajaran Biologi dan Pendidikan Moral SPM 2010 Peringkat Daerah, Penyumbang Straight ‘A’ Terbaik SPM 2010 bagi daerah Kemaman iaitu 13.04% mengatasi SMK Mak Lagam dan SMK Chukai dan banyak.
8-Point Star: 7 

Dalam bidang kokurikulum pula, SMKRP telah membuktikan  pencapaian yang sangat cemerlang bukan hanya di peringkat negeri tetapi juga di peringkat kebangsaan. SMKRP telah menjadi johan peringkat negeri setiap tahun dalam Pertandingan Teater Komsas Sekolah-Sekolah Menengah bermula tahun 2005, 2006, 2007 dan 2010,  seterusnya berjaya mendapat tempat ke 4 di peringkat kebangsaan. ( 2008 dan 2009 pertandingan ini tidak dianjurkan ). Bagi pertandingan Drama Bahasa Inggeris, sekolah ini juga telah berjaya menjadi johan di peringkat negeri bagi tahun 2009.

Pada tahun 2011, SMKRP telah berjaya menjadi johan peringkat daerah dalam permainan Petanq, tempat Kedua dalam olahraga dan Johan dalam Perbarisan, Dua pingat emas untuk Lompat Tinggi dan Lompat Jauh ( L 15 ), satu pingat perak untuk Lompat Tinggi ( L 18 ), Badminton tempat ketiga wakil daerah, Golf tempat ketiga wakil negeri, Johan dalam pertandingan Skuasy ( L18 ) dan telah mewakili negeri dan tempat ketiga dalam permainan catur ( wakil daerah ), Johan ping pong dan mewakili daerah dan tempat keempat mewakili daerah dalam pertandingan boling. Kejayaan para pelajar dalam aktiviti sukan dan permainan menunjukkan  SMKRP bukan  hanya cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga cemerlang dalam kegiatan kokurikulum.

Dalam usaha merealisasikan kecemerlangan, aspek pengurusan kewangan tidak pernah diabaikan terutama sebagai sebuah sekolah PTJ. Hal ini demikian kerana, tiadanya teguran audit sejak tahun 2009 hingga 2011, SMKRP berjaya mengekalkan audit kewangan baik. Keadaan ini disokong pula dengan tiadanya kes kecurian harta kerajaan disebabkan kecuaian dan tiadanya tindakan tatatertib dikenakan ke atas warga sekolah.

Keupayaan SMKRP mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang, dapat menjadi indikator wujudnya sikap dedikasi para guru dan terdapat hubungan serta kerjasama yang mantap antara warga sekolah termasuk ibu bapa. Nilai-nilai murni dalam pendidikan yang diterapkan oleh warga SMKRP telah menjadikan sekolah harian ini mampu berdiri sebaris dengan sekolah-sekolah elit dan cemerlang di daerah Kemaman.

Comments

Popular posts from this blog

Program Menggilap Permata

ROAD RELAY 2016

Gotong Royong Perdana