ADMIN

NewAdmin dianggotai oleh beberapa orang guru dan pelajar yang dipertanggungjawab untuk mencari bahan, mengemaskini dan menapis blog utama http://mysmkrp.blogspot.com/. Objektif utama pengarangan blog adalah untuk memberi sebanyak mungkin maklumat berkaitan SMK Rantau Petronas kepada Ibubapa, penjaga dan masyarakat luar. Blog ini diharapkan akan menjadi pusat maklumat bagi mengetengahkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah.

Kami dalam proses untuk mengemaskini semua edaran yang dikirim kepada ibubapa penjaga juga akan dimuatkan di dalam blog ini. Menggunakan peluang teknologi masa kini, diharapkan ibubapa dan penjaga akan mendapat maklumat lebih cepat berbanding sebelum ini.

Semua post di dalam blog akan dikumpulkan kepada 4 kategori utama iaitu AKADEMIK, KO-KURIKULUM, HEM dan UMUM. Semua guru, ibubapa, penjaga dan pelajar juga boleh menghantar bahan bermanfaat, cadangan termasuk iklan untuk diupdate ke dalam blog melalui E-mail NewAdmin petranianno1@gmail.com. Bahan seharusnya mengandungi beberapa gambar yang akan admin pilih dan sedikit maklumat bertulis. Iklan akan dikenakan bayaran bersesuaian mengikut jangkamasa dan saiz. Walaubagaimanapun, semua post perlu mendapat kelulusan daripada Unit Penapisan terlebih dahulu sebelum dihantar ke  blog.

Diharapkan semoga kehadiran mysmkrp,blogspot.com akan mendapat kerjasama semua pihak. Marilah sama-sama kita realisasikan Petranian No1.

NewAdmin

Comments

  1. saya rasa admin perlu mencari murid atau guru yang pandai dalam code/html untuk cantikkan lagi blog ni untuk tarik perhatian ibu bapa dan murid membaca blog ini. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami masih lagi dalam proses melatih pelajar- pelajar sebelum mereka diberi kepercayaan penuh untuk mengendalikan sendiri blog ini.Terima kasih di atas cadangan yang diberi-Admin

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Program Menggilap Permata

ROAD RELAY 2016

Gotong Royong Perdana