Students International Exchange Programme

Satu program yang besar telah diadakan dengan jayanya pada bulan Mei yang lepas iaitu Program Pertukaran Pelajar / Students International Exchange Programme 2016 di Medan, Indonesia anjuran Unit Bimbingan Kaunseling SMKRP dan Dinas Pendidikan Kota Deli Serdang.

Peserta-peserta program ini bersama guru-guru


Pengelibatan pelajar-pelajar SMKRP sangat menggalakkan iaitu seramai 27 orang pelajar berserta 5 orang guru pengiring termasuk Cikgu Zubaidah bt Hj Osman sebagai ketua rombongan.

Pada 25 Mei 2016, peserta-peserta berkumpul di sekolah jam 6 petang sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang. Mereka tiba di Pulau Pinang pada awal pagi pada jam 5 pagi dan mendaftar masuk penerbangan tepat jam 12 tengah hari. 

Para peserta bergambar sebelum berangkat ke Pulau Pinang

Setelah menaiki penerbangan selama 45 minit, peserta-peserta rombongan ini akhirnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu dengan selamat pada jam 3.30 petang mengikut waktu Indonesia. Mereka juga telah disambut dengan begitu meriah oleh pihak Dinas Pendidikan Kota Deli Serdang iaitu dapat menikmati beberapa hidangan Indonesia diiringi persembahan tarian tradisional mereka.

Seterusnya, program ini diteruskan dengan majlis penyerahan pelajar kepada keluarga angkat masing-masing yang sangat peramah dan sudi mengambil pelajar-pelajar SMKRP sebagai anak angkat dengan tangan yang terbuka.

Pada 27 dan 28 Mei, aktiviti-aktiviti pelajar SMKRP dilaksanakan bersama keluarga angkat masing-masing seperti pergi ke sekolah dan meluangkan masa di rumah keluarga angkat.

Salah satu daripada kumpulan pelajar ketika berada di sekolah Indonesia

Majlis Perpisahan dan persembahan penutup pula diadakan pada 29 Mei 2016 bersama pihak pendidikan Deli Serdang. Sesi penyampaian sijil kepada peserta-peserta turut dilaksanakan. 

Persembahan tarian tradisional

Pelajar-pelajar SMKRP bergambar dengan pelajar-pelajar Indonesia

Program ini berakhir pada 30 Mei dan merupakan hari terakhir bagi pelajar-pelajar bersama keluarga angkat. Semua peserta berkumpul di Lapangan Terbang Kuala Namu dan bersalam-salaman serta bergambar bersama keluar angkat masing-masing sebelum berangkat pulang ke Malaysia.

Gambar terakhir para peserta di Indonesia

Syukur kepada Tuhan kerana program antarabangsa ini dapat dijalankan dengan baik dan selamat. Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat terutama sekali Cikgu Zubaidah bt Hj Osman kerana telah banyak berkorban bagi menjayakan program ini. Diharapkan program yang cemerlang seperti ini dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

by: Admin2

Comments

Popular posts from this blog

Program Menggilap Permata

ROAD RELAY 2016

Gotong Royong Perdana