Sukan Balapan dan Padang Tahunan 2017

Pada 9 Februari 2017, SMK Rantau Petronas telah menjayakan program Sukan Balapan dan Padang Tahunan 2017. Terdapat 4 buah rumah sukan yang telah bertanding iaitu Rumah Duyung (Merah), Dulang (Biru), Tapis (Hijau) dan Jerneh (Kuning).

Wakil kontinjen mengetuai kejohanan




Para juri mencatat keputusan pertandingan
Terdapat banyak acara yang dipertandingkan, antara pertandingan padang ialah Lompat Tinggi, Lompat Jauh, Lontar Peluru, Merejam Lembing dan sebagainya. Antara pertandingan balapan pula Lari pecut 100 meter, 200 meter, 4 x 100 meter, 4 x 200 meter dan sebagainya.

Sesi briefing sebelum acara dimulakan



Pesaing dari rumah Dulang dalam acara Lompat Tinggi

Pasukan perbarisan rumah Duyung dengan tema Star Wars


Johan keseluruhan telah dimenangi oleh rumah-rumah sukan berikut dalam turutan, Duyung, Dulang, Tapis dan Jerneh.


Rumah sukan pada kedudukan masing-masing
Rumah Tapis dan ahlinya

Pengetua mengangkat trofi pertandingan
Walaubagaimana pun, kalah atau menang tu adat dalam pertandingan. Yang penting itu adalah pengalaman penyertaan tersebut.

Kami dari pihak Editor Petranian mengharapkan aktiviti seperti ini akan dijalankan dengan lancar di masa akan datang.

-Nazrin Hakim Nazarudin

Comments

Popular posts from this blog

Program Menggilap Permata

ROAD RELAY 2016

Gotong Royong Perdana