Menyemai Benih Akhirat

Pada 2 Mac 2017, telah diadakan satu program pelancaran tabung surau. Program ini dinamakan Menyemai Benih Akhirat sempena pelancaran tabung untuk menarik minat pelajar untuk menderma sebagai saham akhirat.

Pelajar membawa banner Program Menyemai Benih Akhirat


Program ini diadakan bertujuan untuk mengumpul dana Surau Ar-Rahman yang sedang dibina di kawasan lapang berdekatan dengan kantin sekolah. Selain mengumpul dana, objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran tentang kebaikan menderma. Ceramah ringkas telah diberikan oleh Ustazah Nooraihan bt Embong dan Ustazah Noraini.

Ustazah Noraini memberikan ceramah ringkas

Tabung Surau Ar-Rahman ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, En. Abd Rahman bin Tahar diiringi oleh PK Pentadbiran, Pn. Sutina bt Sulaiman. 

Tuan Pengetua Menderma kepada Tabung Surau Ar-Rahman

Kami dari Admin blog mengharapkan semua warga SMK Rantau Petronas dapat menderma sebaik mungkin agar Surau Ar-Rahman dapat disiapkan dengan segera dan sapat digunakan oleh pelajar-pelajar dan guru. Semoga para penderma mendapat pahala sedekah jariah Insya-Allah.

-Nazrin Hakim Nazarudin

Comments

Popular posts from this blog

Program Menggilap Permata

ROAD RELAY 2016

Gotong Royong Perdana