Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-19 2017

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-19 dan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Tahun 2016 telah berjaya diadakan pada 1 April 2017. Mesyuarat Agung ini telah dirasmikan oleh pihak Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Tuan Haji Wan Hasnan bin Abdullah. Mesyuarat Agung dan Majlis ini diadakan di Auditorium SMKRP pada jam 8.30 pagi.


'Banner' Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-19



Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memilih ahli jawatankuasa yang baharu untuk memegang jawatan tersebut. Hal ini demikian kerana, pihak PIBG memerlukan tenaga kerja dan idea yang baru daripada para ibu bapa untuk membantu menaikkan taraf dan nama sekolah.



Para ibu bapa mendaftar di kaunter pendaftaran.
Hadirin pada Mesyuarat PIBG dan Majlis Anugerah.

Mesyuarat bermula pada jam 10.00 setelah mendengar ucapan daripada pihak PPD dan AJK PIBG. Pengerusi sementara dari kalangan ibu bapa telah dilantik untuk mengerusikan pemilihan dan pelantikan ahli jawatankuasa PIBG bagi tahun 2017/2018. Usul dan cadangan turut dibahaskan dan dibincangkan untuk mendapat sebulat suara bagi cadangan tersebut.


En. Nazarudin Ahmad mengetuai pemilihan dan pelantikan AJK PIBG.




Setelah pemilihan selesai, AJK dijemput ke hadapan untuk memperkenalkan diri dan mula bertugas sebagai AJK PIBG bagi sesi 2017 dan 2016. Syukur Alhamdulillah, YDP PIBG, Pn. Ir Halina bt Abd Hadi dikekalkan jawatannya,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kepada pelajar cemerlang bagi tahun 2016. Anugerah ini disampaikan kepada pelajar yang mendapat kedudukan terbaik di dalam kelas dan tingkatan. Anugerah kepada pelajar terbaik mata pelajaran juga diadakan.


Soorya A/L Subramian, Pelajar Terbaik Sains Tulen
Chong Cheng Yee, Pelajar Terbaik Sains Teknikal


Nur Aisyah Huwaida Bt Mohd Nor, Pelajar Terbaik Sains Sosial
Kami mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada para pelajar yang telah berjaya menerima anugerah bagi sesi 2016. Tahniah juga diucapkan kepada para hadirin yang menyertai Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-19. Kami berharap agar program dan majlis seperti ini akan sentiasa berjalan dengan lancar serta mendapat barakah daripada Yang Maha Esa. InsyaAllah.


-Nazrin Hakim Nazarudin



Comments

Popular posts from this blog

Program Menggilap Permata

ROAD RELAY 2016

Gotong Royong Perdana