Posts

Showing posts from March, 2016

Keselamatan Melayari Internet

Image
Rabu, 23 Mac 2016, Taklimat Panduan Keselamatan Melayari Internet telah diadakan di dalam auditorium sekolah. Aktiviti ini dijalankan pada jam 3.00ptg - 4.30ptg. Taklimat ini diakan bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang kaedah selamat yang perlu diambil ketika melayari internet.     

Pengenalan Talasemia

Image
Pada 3 Mac yang lepas, dengan kerjasama daripada pihak Klinik Kesihatan Kemasik, pelajar-pelajar tingkatan 4 telah didedahkan dengan banyak maklumat berkenaan satu penyakit yang kian merebak luas pada masa kini iaitu penyakit Talasemia. Pendedahan tentang penyakit ini diadakan oleh klinik-klinik kesihatan kerajaan di seluruh negeri di Malaysia yang bertujuan memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang bahayanya Talasemia. C eramah ini telah diadakan di Auditorium SMK Rantau Petronas 

Penetapan Target SPM 2016

Image
 Program ini diadakan di Auditorium SMK Rantau Petronas pada 6 Mac yang melibatkan ibu bapa dan calon-calon SPM 2016 SMK Rantau Petronas. Program ini bertujuan untuk menunjukkan kepada ibu bapa tentang prestasi anak-anak dalam peperiksaan TOV serta membakar semangat calon-calon SPM 2016 untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan.

Perarakan Unit Beruniform

Image
Perarakan unit beruniform peringkat negeri telah diadakan pada 23 Februari 2016 seperti yang diarahkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu yang dilaksanakan secara serentak di seluruh Negeri Terengganu. Perarakan ini melibatkan semua guru dan murid mengikut unit-unit beruniform yang diwujudkan di sekolah. Pelajar2 berkumpul di dalam unit beruniform masing-masing  untuk mengambil kehadiran sebelum perarakan bermula

Program Penetapan Target PT3 2016

Image
Dengan jayanya Program Penetapan Target PT3 2016 telah diadakan pada 10 Mac yang melibatkan ibu bapa dan pelajar tingkatan 3 yang bakal menduduki peperiksaan PT3 pada tahun ini. Program ini dapat memberi suntikan semangat buat calon PT3 2016 untuk terus mencipta kecemerlangan dalam peperiksaan serta memberi maklumat kepada ibu bapa tentang prestasi anak-anak di sekolah.

Penyerahan Keputusan SPM 2015

Image
 Dengan gembiranya diumumkan bahawa pada 3 Mac yang lalu, pelajar tingkatan 5 tahun 2015 telah menerima keputusan SPM. Penyerahan slip peperiksaan SPM telah berlangsung di dalam auditorium sekolah pada pukul 11 pagi. Terdapat dua pelajar yang mendapat straight A's dalam peperiksaan SPM iaitu Mohd Syahir Bin Abdol Salam dan Guhaan A/L Balasubraniam.

Majlis Pelancaran NILAM Dan Frog VLE

Image
Majlis Pelancaran NILAM dan Frog VLE telah diadakan pada 6 Mac 2016 di auditorium sekolah. Pelancaran ini melibatkan semua pelajar dan guru bagi mengetahui erti NILAM dan fungsi Frog VLE. NILAM iaitu Nadi Ilmu Amalan Membaca adalah untuk pelajar-pelajar menjadikan membaca buku itu sebagai punca ilmu yang terbaik. Frog VLE pula ialah satu sistem pembelajaran dalam bentuk web oleh 1BestariNet.]

Mesyuarat Agung PIBG Ke-18

Image
Sukacita kami maklumkan bahawa telah dilaksanakan dengan jayanya Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali Ke-18 dan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Tahun 2015 pada 20 Februari 2016. Mesyuarat & Penyampaian Anugerah tersebut telah dilaksanakan di Auditorium SMK Rantau Petronas. Kain Rentang Mesyuarat Agung & Penyampaian Anugerah

Hari Sukan 2016 di SMKRP

Image
Majlis Kejohanan Sukan Olahraga Balapan & Padang SMK Rantau Petronas telah diadakan dengan jayanya pada 24 Februari baru baru ini dan semua warga SMK Rantau Petronas terlibat.   Pergerakan masuk padang yang dimulakan oleh pembawa panji-panji rumah sukan yang diketuai oleh Muhd Amir Hafizin b Muhd Fairo