Pengenalan Talasemia

Pada 3 Mac yang lepas, dengan kerjasama daripada pihak Klinik Kesihatan Kemasik, pelajar-pelajar tingkatan 4 telah didedahkan dengan banyak maklumat berkenaan satu penyakit yang kian merebak luas pada masa kini iaitu penyakit Talasemia. Pendedahan tentang penyakit ini diadakan oleh klinik-klinik kesihatan kerajaan di seluruh negeri di Malaysia yang bertujuan memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang bahayanya Talasemia.




Ceramah ini telah diadakan di Auditorium SMK Rantau Petronas 


Para pelajar mendengar dan memberikan tumpuan yang sepenuhnya unutk mendapatkan segala informasi tentang penyakit Talasemia




Seorang doktor daripada klinik kesihatan kemasik yang sudi hadir ke SMK Rantau Petronas untuk memperkenalkan Talasemia kepada pelajar-pelajar



Para pelajar tingkatan 4 juga telah diberikan peluang untuk menjalani ujian saringan Talasemia di sekolah secara percuma yang akan diadakan oleh pihak Klinik Kesihatan Kemasik. Semoga maklumat-maklumat yang telah disampaikan tentang penyakit Talasemia ini dapat dimanfaatkan dan disebarkan kepada orang lain bagi kebaikan kita semua. -Admin2 


Comments

Popular posts from this blog

Program Menggilap Permata

ROAD RELAY 2016

Gotong Royong Perdana