Mesyuarat Agung PIBG Ke-18

Sukacita kami maklumkan bahawa telah dilaksanakan dengan jayanya Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali Ke-18 dan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Tahun 2015 pada 20 Februari 2016. Mesyuarat & Penyampaian Anugerah tersebut telah dilaksanakan di Auditorium SMK Rantau Petronas.


Kain Rentang Mesyuarat Agung & Penyampaian Anugerah



Yang Berhormat Dato' Sri Ahmad Shabery Bin Cheek (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Merangkap Ahli Parlimen Kemaman) juga turut hadir untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG dan Penyampaian Anugerah Tahun 2015.

Ucapan daripada Yang Berhormat


Ibu bapa yang hadir pada hari mesyuarat


Perletakan batu asas Surau Petranian juga turut diselitkan di antara dua majlis tersebut. Surau Petranian akan dibina dalam jangka masa terdekat. Surau ini akan digunakan oleh pelajar-pelajar SMK Rantau Petronas untuk semua aktiviti sekolah, terutama solat zohor berjemaah yang ditegaskan oleh Pengetua SMK Rantau Petronas.

Perletakan batu asas Surau Petranian oleh Yang Berhormat


Pelajar-Pelajar penerima anugerah tahun 2015


Ucapan YDP PIBG SMK Rantau Petronas


Yang Berhormat Dato' Ahmad Shabery bin Cheek bersama penerima anugerah


Ketiga-tiga majlis itu berakhir dengan jamuan makan tengah hari bersama-sama Yang Berhormat.

Jamuan Makan Tengah Hari Bersama Yang Berhormat


Terima kasih!
 "Petranian No. 1" -Admin2

Comments

Popular posts from this blog

Program Menggilap Permata

ROAD RELAY 2016

Gotong Royong Perdana