Chorasical Sketch 2016

Baru-baru ini, SMK Rantau Petronas telah berjaya menyertai pertandingan Chorasical Sketch peringkat daerah setelah membuat saringan antara 21 buah sekolah di daerah Kemaman.

Sebanyak 9 buah sekolah yang terpilih iaitu SMK Rantau Petronas, SMK Sultan Ismail Satu, SMK Sultan Ismail Dua, SMK Bukit Kuang, SMK Binjai, SMK Chukai,SMK Bukit Mentok, SMK Badrul Alam Shah dan SMK Geliga. Bagi tahun 2016, pertandingan ini diadakan di Auditorium SMKRP. 




Pelajar-pelajar SMKRP membuat persembahan yang 
mengagumkan dengan tajuk persembahan mereka, Dato' Lat


Seramai 35 orang pelajar SMKRP yang telibat yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Mereka telah diberi bimbingan oleh dua orang guru, iaitu Puan Asmawati dan Puan Naimah.

Hasil kerja keras pelajar-pelajar dan guru-guru yang tidak mengenal erti penat lelah untuk berlatih selama dua minggu telah membolehkan mereka untuk sampai ke peringkat daerah setelah dua tahun tidak berjaya. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan guru Chorasical Sketch SMKRP!

Walaupun tidak berjaya mendapat tempat pertama bagi peringkat ini, mereka tetap berpuas hati dengan keputusan para juri. Pihak SMKRP sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada peserta-peserta Chorasical dan kami berharap agar para pelajar akan tetap berusaha untuk sampai ke peringkat yang lebih tinggi bagi pertandingan akan datang.
By: Admin2


Comments

Popular posts from this blog

Program Menggilap Permata

ROAD RELAY 2016

Gotong Royong Perdana