Program Bersama Pihak TATI University College

Para pelajar tingkatan 4 dan 5 telah didedahkan dengan maklumat-maklumat tentang halatuju selepas SPM pada hari Rabu baru-baru ini. Penyampaian maklumat ini telah diadakan dengan kerjasama daripada pihak TATI University College yang telah menghantar seramai 8 orang pensyarah dan 10 orang pelajar universiti ke SMKRP.

Penceramahan pertama tentang pengenalan kepada Universiti kolej TATI


Penceramahan kedua tentang bidang dan kerjaya

Setelah ceramah selesai, para pelajar didedahkan pula dengan pelbagai alat canggih yang telah dihasilkan oleh pihak Universiti Kolej TATI. Para pensyarah dan pelajar universiti memberi penerangan tentang bagaimana alat-alat mereka memudahkan pekerjaan manusia dalam kehidupan seharian. Perkara ini telah menarik minat pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tersebut.


Suasana di dalam auditorium yang sangat meriah

cara yang mudah untuk merebus telur

Para pelajar dan guru kelihatan sangat tertarik dengan alat yang dihasilkan oleh TATIUC

Pelajar-pelajar sangat seronok mencuba alat yang baru


Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak TATI Universiti College kerana sudi memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang halatuju selepas SPM. Banyak maklumat yang sangat berguna telah disampaikan kepada pelajar SMKRP untuk dimanfaatkan bagi masa hadapan mereka. Diharapkan program seperti ini akan diadakan lagi bagi generasi yang akan datang.
Sekian,terima kasih.

by: Admin2

Comments

Popular posts from this blog

Program Menggilap Permata

ROAD RELAY 2016

Gotong Royong Perdana