SULTAN MAHMUD BRIDGE INTERNATIONAL RUN 2016
Pada tahun ini, Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud telah berjaya diadakan lagi pada 24 September 2016. Bilangan peserta yang telah menyertai dari beberapa buah negeri dan negara tercatat seramai 50 ribu orang termasuk pelajar-pelajar SMK Rantau Petronas seramai 50 orang.
Larian tersebut dibahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya kategori sekolah rendah, sekolah menengah dan lain-lain lagi. Bagi pelajar sekolah menengah, mereka bermula pada jam 6.45 pagi untuk berlari sejauh 12km.
Tempat permulaan dan penamat larian
Peserta-peserta larian
Para pelajar memanaskan badan
Suasana di Jambatan Sultan Mahmud
Acara penyampaian sijil dan medal di sekolah
Acara larian ini telah mendapat sambutan yang hangat pada tahun ini begitu juga pada tahun-tahun yang sebelumnya. Semoga aktiviti ini dapat diadakan lagi dan diharapkan penyertaan para pelajar dapat ditingkatkan lagi pada tahun yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
By: Admin2
Comments
Post a Comment