Majlis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017

KHAMIS 15 MAC 2018,


Majlis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017



Khamis 15 Mac telah diadakan Majlis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan keputusan kepada para pelajar tingkatan 5 yang telah menghadapi peperiksaan tersebut pada akhir tahun 2017. Setelah 5 tahun belajar dengan bersungguh-sungguh dan tabah menghadapi peperiksaan di sekolah ini, akhirnya hasilan daripada titik peluh mereka telah mengeluarkan hasilannya. Seramai 63 orang pelajar yang telah mengambil peperiksaan tersebut.

Senarai pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam
Peperiksaan SPM 2017

01. Soorya A/L Balasubramian (10A)
02. John Jemiru Anak Penguang (8A)           
03. Chong Cheng Yee (8A)
04. Abdul Hakam Bin Adli (8A)
05. Siti Nur Syazana Binti Talib (8A)
06. Natasha Aisyah Binti Rosdi Anuar (7A)
07. Asyeela Adibah Binti Dzulkifli (7A)
08. Nur Balqis Izazi Binti Azri (7A)
09. Muhammad Ilyas Bin Azahir (7A)
10. Tuan Nurizzah Nabilah Binti Tuan Dagang Azni (7A)
11. Nur Hanisah Binti Mohd Noor (6A)
12. Muhammad Naqib Aiman Bin Mohd Faizal (6A)
13. Fahtin Nur Shamsiah Binti Noor Man (6A)

Pelajar-pelajar cemerlang tingkatan 5 bersama Tuan Pengetua

Sekolah mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dan kepada pelajar yang telah berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang lebih baik. Saya berharap agar keputusan cemerlang yang telah dicapai oleh para pelajar tingkatan 5 akan menjadi sesuatu contoh dan motivasi kepada pelajar lain di sekolah ini untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang.
Pelajar Straight A SMKRP 2017
(Soorya A/L Balasubramian)


Saya ingin mengucapkan semoga berjaya pada masa yang akan datang kepada para pelajar tingkatan 5 yang dikenangi oleh seluruh warga sekolah SMKRP.


-Enoch Tan Jeng Sen

Comments

Popular posts from this blog

Program Menggilap Permata

ROAD RELAY 2016

Gotong Royong Perdana