Merentas Desa Peringkat Sekolah

Ahad, 21 Januari, SMK Rantau Petronas telah mengadakan merentas desa peringkat sekolah. Acara ini bertujuan untuk memilih wakil pelajar untuk ke peringkat daerah. Selain itu, aktiviti ini dapat menyihatkan tubuh badan pelajar.

pelajar sedang mendengar taklimat 


Selepas sesi taklimat merentas desa, semua pelajar melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum berlari. Ini dapat mengelakkan pelajar dari mengalami kecederaan. Seterusnya, pelajar dibahagikan kepada 4 kategori iaitu P15, P18, L15 dan L18. Kemudian, pelajar-pelajar bersedia untuk larian. 


pelajar sedang besedia untuk berlari



Akhir sekali, penyampaian hadiah berlangsung. Johan keseluruhan bagi merentas desa padan tahun ini ialah rumah Zircon. Kepada pelajar yang tidak mendapat medal pada tahun ini boleh mencuba lagi pada tahun seterusnya



Akhir kata, saya berharap pelajar dapat mencergaskan badan dengan bersukan. Bak kata pepatah badan cergas,otak cerdas.

-Nurfatin Atiqah Bt Mohd Ithnin



Comments

Popular posts from this blog

Program Menggilap Permata

ROAD RELAY 2016

Pelancaran Program Sukan Elit