Majlis Perpisahan Pengetua SMK Rantau Petronas.

Pada 4 Mei 2017, telah berlangsung satu majlis yang amat mendukacitakan bagi para guru, pelajar dan semua warga SMK Rantau Petronas iaitu majlis perpisahan Tuan Pengetua, Encik Abdul Rahman Bin Tahar sempena pertukaran beliau ke SMK Ayer Puteh. Tidak lupa juga kepada salah seorang kerani yang telah berkhidmat di SMKRP hampir 1 dekad telah diarahkan bertugas di sekolah lain.


Pengetua bersama guru-guru dan warga Petranians




Pastinya majlis ini diadakan khas untuk insan yang telah banyak mengerah tenaga, menabur bakti kepada sekolah, guru-guru, anak-anak pelajar bagi menjadikan sekolah kami cemerlang dan yang terbaik. Namun inilah kenyataan yang harus diterima oleh semua warga SMK Rantau Petronas kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itulah adat dan lumrah kehidupan. Begitulah rentetan perjalanan setiap insan.

Pengetua bersama anak anak pelajar SMKRP

Majlis juga diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati oleh setiap ketua tingkatan sebagai tanda kenang -kenangan buat insan yang diraikan yang sentiasa mengerah keringat, usaha dan idea untuk meletakkan SMK Rantau Petronas berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan sekolah-sekolah lain yang tersohor di daerah ini.

Ucapan dan harapan pengetua kepada sekolah

Kami mendoakan agar cikgu sentiasa sihat dan dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah di tempat baharu dengan lebih cemerlang. Semoga jasa dan bakti cikgu menjadi semaian amalan soleh di sisi Ilahi.

-Nur Fathiah Izazi bt Zainul Asri

Comments

Popular posts from this blog

Program Menggilap Permata

ROAD RELAY 2016

Gotong Royong Perdana