Sambutan Pengetua Baharu SMK Rantau Petronas

Pada 8 Mei 2017, telah berlangsung satu majlis untuk menyambut  pengetua  baharu, En Wan Mohd Salleh bin Wan Ismail bagi menggantikan tempat mantan pengetua SMK Rantau Petronas, Encik Abdul Rahman Bin Tahar yang akan bertukar ke SMK Ayer Puteh. Majlis ini turut mendapat sambutan daripada pihak Pengawai Pendidikan Daerah Kemaman, Tuan Idris bin Bidin. Majlis ini diadakan di dalam Auditorium SMKRP pada jam 7.30 pagi. 
  


Mantan Pengetua, En Abd Rahman bersama Pengetua Baharu, En Wan Salleh Wan Ismail dan pihak delegasi dari SMK Ayer Putih.



Majlis ini juga diteruskan lagi dengan ucapan yang daripada pihak Pengawai Pendidikan Daerah Kemaman bagi  memberi semangat kepada murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Tambahan lagi bagi murid-murid tingkatan 3 & 5 akan mengambil perperiksaan awam pada tahun ini. 




Ucapan dari pihak PPD, En Idris bin Bidin


Di samping itu, majlis ini diteruskan dengan ucapan oleh pengetua yang baharu iaitu Che Wan Salleh untuk menceritakan tentang pengalamannya di sekolah lamanya. Akhir sekali majlis in diakhiri dengan bacaan doa oleh Hazmi Bin Alias.



Penyampaian pelekat kenderaan kepada Tuan Pengetua SMK Rantau Petronas, En Wan Salleh Wan Ismail.

Kami berharap atas pertukaran pengetua ini, pelajar dan guru-guru masih boleh memberikan kerjasama penuh dan saling membantu antara satu sama lain. Yang patah hilang berganti. Siapapun pengetua kita, beliau masih menjadi seorang insan yang bertanggungjawab untuk memperkasakan sekolah dan anak-anak pelajar.



-Ahmad Khalis Mikhail Bin Ahmad Ramzi

Comments

Popular posts from this blog

Program Menggilap Permata

ROAD RELAY 2016

Gotong Royong Perdana