Selasa, 16 Mei 2017. Sekolah Kebangsaan Rantau Petronas telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Hari Guru ini bertujuan untuk menghargai jasa guru yang telah penat lelah mengajar anak muridnya demi melihat kejayaan mereka. Selain itu, pelbagai aktiviti yang menarik berlangsung.
|
Puan Ir. Halina, YDP PIBG memberikan ucapan.
|
Antaranya, perutusan daripada Menteri Besar Terengganu yang disampaikan oleh tuan pengetua iaitu Encik Wan Mohammad Salleh B Wan Ismail.
|
Pengetua SMKRP memberikan ucapan
|
Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan Majlis Perasmian Hari Guru yang dirasmikan oleh pengetua SMKRP.
|
Perasmian oleh Tuan Pengetua
|
|
Guru-guru menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia dan Guru Pembina Negara. |
Seterusnya, acara sukaneka telah berlansung. Acara ini disertai oleh guru-guru dan murid-murid. Acara ini diadakan di padang sekolah SMKRP. Berbagai-bagai acara yang diadakan seperti pertandingan futsal,bola keranjang, fear factor dan sebagainya. Suasana di padang amat riuh-rendah sekali.
|
Guru-guru berusaha memenuhkan air di dalam botol |
|
Pertandingan Fear Factor berlangsung |
|
Pengetua dan guru-guru bermain futsal bersama-sama dengan pelajar yang terlibat. |
Selepas itu,semua pelajar dan guru dikehendaki masuk ke dalam auditorium. Pelbagai persembahan yang menarik diadakan yang disertai oleh pelajar.Selain itu, penyampaian hadiah berlangsung kepada guru-guru yang memenangi pertandingan yang diadakan.
|
Guru terlibat menerima hadiah dan ditemu ramah tentang
perasaaan semasa pertandingan yang berlangsung. |
|
Tarian 1 Malaysia dipersembahkan
|
Kami berharap dengan sambutan Hari Guru ini, guru-guru berasa gembira dan dihargai. Semoga guru-guru dapat mengajar kami dengan baik dan terus membentuk pelajar supaya menjadi pelajar yang cemerlang. Akhir sekali bak kata orang tua-tua, orang hebat dapat melahirkan beberapa karya bermutu, tetapi guru yang bermutu dapat melahirkan ribuan orang-orang hebat.
-Ahmad Fitri B Padli.
Comments
Post a Comment