Posts

Showing posts from March, 2018

Majlis Penyerahan Tablet

Image
Mac 13,Selasa. Majlis ini berlangsung di Dewan Hayati Ilmi SM Imtiaz,Kemaman. Majlis ini bertujuan untuk  merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP). Guru-guru di negari Terengganu sedang mendengar taklimat Ketika membangunkan aplikasi Tutor Guru yang menjadi teras kepada projek tablet ini, faktor yang sangat diambil berat ialah ciri mesra PdP, mengeksploitasi kemahiran minimum guru dalam teknologi maklumat dalam komunikasi (TMK) dan membantu meningkatkan profesion individu guru itu sendiri. guru-guru bersama tablet yang baru sahaja diterima Saya berharap dengan pemberian tablet ini, guru-guru dapat menggunakan tablet yang didapati dengan sebaiknya dapat membantu mendidik pelajar-pelajar agar lebih cemerlang. -Nurfatin Atiqah Bt Mohd Ithnin

Majlis Dialog Prestasi Pelajar dan Target

Image
12 Mac,Isnin. Majlis ini bertujuan untuk membincangkan tentang potensi pelajar serta target guru terhadap pelajar berdasarkan keputusan peperiksaan TOV mereka baru-baru ini. Selain itu,majlis ini bertujuan untuk mengumumkan pelajar STAR PT3&SPM bagi tahun 2018. Pengetua memberi ucapan serta memberi kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar PT3 dan SPM Pelajar STAR SPM & PT3 Seterusnya, tibalah masa ibu bapa berbincang bersama guru tentang potensi anak-anak mereka serta target yang ditetapkan .Hal ini dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan ibu bapa,pelajar dan guru.  guru sedang berbincang bersama pelajar dan ibu bapa Saya berharap dengan program ini dapat memberi manfaat kepada ibu bapa,guru serta pelajar. -Nurfatin Atiqah Bt Mohd Ithnin

Vocab Camp

Image
Vocab camp khas untuk pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3(PT3) .Camp ini berlangsung pada 21 hingga 23 Februari di UNIKL MSI,Kulim,Kedah.Seramai 66 orang yang mengikuti program ini.  membuat kerja berkumpulan sambil mendapat mendapat dari fesilitator Fasilitatornya terdiri daripada 3 orang pensyarah dan 10 0rang pelajar UNIKL MSI.Pelajar telah didedahkan dengan penggunaan bahasa inggeris dalam setiap aktiviti. Terdapat pelbagai aktivi yang telah mereka lakukan antaranya termasuklah aktiviti STEM yang bertempat di bengkel engineering. pelajar mendengar taklimat pelajar sedang membentang tentang kumpulan mereka Pelajar cukup gembira dan bersemangat dalam melakukan setiap aktivi yang dijalankan selama disana.Bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan.Semoga pelajar mendapat manfaat dalam kem ini.Saya berharap kem ini dapat menyuntik semangat pelajar untuk menempuhi PT3 nanti. -Nurfatin Atiqah Bt Mohd

Majlis Pelancaran Program Nilam, PetraTV & FrogVLE

Image
AHAD 25 FEBRUARI 2018, Majlis Pelancaran Program NILAM, PetraTV Dan FrogVLE Ahad 25 Februari telah diadakan Majlis Pelancaran Program NILAM, PetraTV & FrogVLE bersama dengan perhimpunan rasmi.Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menerangkan kepada semua pelajar tentang kegunaan setiap program yang telah dibangunkan oleh Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis ini telah bermula dari pukul 7:45 pagi dan tamat pada pukul 9:10 pagi.                                        VIDEO TOKOH NILAM NEGERI SELANGOR Selain itu, majlis tersebut telah diadakan dalam Auditorium Petra yang begitu selesa dan indah untuk semua pelajar dan guru. Untuk memeriahkan lagi keadaan majlis tersebut, pihak sekolah telah menjemput Pegawai Pusat Kegiatan Guru Kemasik (Encik Wan Roslan Bin Wan Zaki) untuk melancarkan majlis yang amat gemuruh ini.                                       PENYAMPAIAN UCAPAN DARIPADA PENGETUA Dalam ucapan beliau, beliau telah menegaskan beberapa kekurangan

Chap Goh Mei Sempena Sambutan Tahun Baru Cina

Image
JUMAAT 2 MAC 2018, Sambutan Chap Goh Mei Jumaat 2 Mac telah diadakan sambutan Chap Goh Mei bagi semua rakyat Malaysia yang berbangsa Cina di seluruh Malaysia dan seluruh dunia. Sambutan ini merupakan sambutan yang amat penting bagi semua bangsa Cina kerana ini menandakan berakhirnya Tahun Baru Cina untuk tahun ini. Ia juga disambut pada hari ke 15 mengikut Kalendar Cina. Selain itu, ia juga merupakan sebuah tradisional bagi bangsa Cina. Pesta Chap Goh Mei ini juga disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan malam secara besar-besaran bersama semua ahli keluarga.                                                                                     KUIH-MUIH TAHUN BARU CINA                                                                        YEE SANG Jika mengikut tradisi, semua ahli keluarga akan berkumpul bersama untuk makan besar-besaran di rumah. Tetapi pada zaman seka

Lawatan ke Ekspo Terengganu 2018

Image
       Selasa, 27 Februari 2018. Satu rombongan yang telah disertai oleh segolongan pelajar tingkatan 3 dan diiringi oleh dua orang guru pengiring telah pergi ke program Ekspo Terengganu di Stadium Sukan Gong Badak.                                   Pelajar-pelajar tingkatan 3 bersama guru-guru pengiring bergambar                                                                              bersama.         Motif program ini adalah untuk mengingatkan kepada penduduk negeri Terengganu tentang pencapaian yang telah diperoleh. Program Ekspo Terengganu ini telah diadakan dari 24 Februari sehingga 3 Mac 2018. Bagi penduduk Terengganu yang lahir di Terengganu, mereka sangat beruntung kerana terdapat tugasan khas bagi mereka. Pada awal kedatangan, mereka yang dilahirkan Terengganu ‘pior’ mendapat sehelai kertas untuk dicop di setiap kiosk yang tertentu. Dengan melakukan tugasan tersebut, mereka yang beruntung akan memenangi hadiah yang sangat berbalo i.