Chap Goh Mei Sempena Sambutan Tahun Baru Cina
JUMAAT 2 MAC 2018,
Sambutan Chap Goh Mei
Jumaat 2 Mac telah diadakan sambutan Chap Goh Mei bagi semua rakyat Malaysia yang berbangsa Cina di seluruh Malaysia dan seluruh dunia. Sambutan ini merupakan sambutan yang amat penting bagi semua bangsa Cina kerana ini menandakan berakhirnya Tahun Baru Cina untuk tahun ini. Ia juga disambut pada hari ke 15 mengikut Kalendar Cina.
Selain itu, ia juga merupakan sebuah tradisional bagi bangsa Cina. Pesta Chap Goh Mei ini juga disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan malam secara besar-besaran bersama semua ahli keluarga.
YEE SANG
Jika mengikut tradisi, semua ahli keluarga akan berkumpul bersama untuk makan besar-besaran di rumah. Tetapi pada zaman sekarang, tradisi ini hanya dapat dijumpai pada beberapa keluraga yang masih mengamalkannya kerana ramai keluarga akan makan di restoran. Bagi ahli keluarga yang masih bekerja atau ada urusan luar negara, mereka akan berhubung dengan ahli keluarga pada waktu malam.
Dalam komuniti pula, persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti
perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina
dan mengimbang bendera besar "Chingay".
TARIAN SINGA
Keluarga saya juga menyambut perayaan ini tetapi dengan satu tambahan iaitu menyambut bersama kawan-kawan yang berbagai bangsa. Di Malaysia, sambutan ini juga dapat disambut bersama dengan bangsa yang berlainan kerana kita sebagai rakyat Malaysia patut berkongsi dan belajar tradisi antara satu sama lain untuk mengekalkan keamanan dan perpaduan di negara kita.
Akhir kata, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
-Enoch Tan Jeng Sen
Comments
Post a Comment