Lawatan ke Ekspo Terengganu 2018




       Selasa, 27 Februari 2018. Satu rombongan yang telah disertai oleh segolongan pelajar tingkatan 3 dan diiringi oleh dua orang guru pengiring telah pergi ke program Ekspo Terengganu di Stadium Sukan Gong Badak. 


                               Pelajar-pelajar tingkatan 3 bersama guru-guru pengiring bergambar 
                                                                            bersama.



        Motif program ini adalah untuk mengingatkan kepada penduduk negeri Terengganu tentang pencapaian yang telah diperoleh. Program Ekspo Terengganu ini telah diadakan dari 24 Februari sehingga 3 Mac 2018.



Bagi penduduk Terengganu yang lahir di Terengganu, mereka sangat beruntung kerana terdapat tugasan khas bagi mereka. Pada awal kedatangan, mereka yang dilahirkan Terengganu ‘pior’ mendapat sehelai kertas untuk dicop di setiap kiosk yang tertentu. Dengan melakukan tugasan tersebut, mereka yang beruntung akan memenangi hadiah yang sangat berbaloi.


        Guru pengiring mengagihkan kertas yang perlu dicop di kiosk-kiosk yang tertentu



-Nur Atiqah binti Jasmin

Comments

Popular posts from this blog

Program Menggilap Permata

ROAD RELAY 2016

Gotong Royong Perdana