Posts

Showing posts from September, 2016

ROAD RELAY 2016

Image
Satu pertandingan peringkat sekolah dan daerah telah berjaya diadakan di SMK Rantau Petronas pada 3 September 2016. Pertandingan ini dikenali sebagai pertandingan lari berganti atau 'Road Relay'.  Banyak pasukan dari para pelajar yang datang daripada pelbagai sekolah yang telah melibatkan diri dalam pertandingan ini. Antaranya sekolah yang terlibat ialah SMK Binjai, SMK Sultan Ismail Satu dan lain-lain.

My Rukun Negara

Image
Sempena bulan kemerdekaan ini, Program My Rukun Negara peringkat Daerah Kemaman tahun 2016 telah berjaya diadakan di SMK Sultan Ismail. Program ini telah mendapat sambutan yang amat meriah dan melibatkan banyak sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk SMK Rantau Petronas. 

Kem Bangkit Cemerlang PT3 & SPM

Image
Kem Bangkit Cemerlang PT3 dan SPM telah berlangsung pada 11 dan 12 Ogos, bertempat di Pusat Latihan Kertih 2. Seramai 118 orang pelajar terpilih  untuk menyertai kem ini.

Masih Ada Yang Sayang

Image
Satu lawatan ke rumah warga emas di Pusat Perlindungan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas, Johor telah diadakan pada 27 Julai 2016. Rombongan ini telah melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 4 dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling. Objektif lawatan ini adalah untuk menghargai warga emas dan menyemai perasaan kasih sayang anak remaja terhadap warga emas.

Mock-Interview

Image
Baru-baru ini, pelajar-pelajar tingkatan 5 telah terlibat dengan satu program di bawah anjuran UniKL dan MARA iaitu Mock Interview. Program ini bertujuan untuk mengajar pelajar cara-cara untuk berdepan dengan temu duga sebenar seperti temu duga kemasukan ke universiti.

Pelancaran Program Sukan Elit

Image
Buat kali pertamanya di SMK Rantau Petronas, satu program sukan dan permainan telah berjaya dilancarkan. Objektif program ini adalah untuk menyusun program latihan kepada atlet-atlet secara sistematik agar pelajar yang terlibat mampu menyinar serta dapat mengharumkan nama sekolah menjelang tahun 2017 dan berjaya ke peringkat tertinggi.

Bersama Para Alumni SMKRP

Image
Baru-baru ini, kem bersama alumni  diadakan bagi pelajar SMKRP di sekolah. Kem ini bertujuan untuk mencetuskan lagi semangat para pelajar tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi.

Open Your Eyes! 4.0

Image
Pada 28 Julai 2016, bertempat di Imtiaz Kemaman, pihak Yayasan Terengganu telah menaja satu program yang dikenali sebagai program Open Your Eyes yang diketuai oleh Encik Satria Asyraf bin Yahya. Antara sekolah yang terlibat dalam program ini ialah SMK Rantau Petronas, SMK Mak Lagam, SMK Cukai dan lain-lain lagi. Program ini bertujuan untuk mengwar-warkan kepada pelajar tentang cara kemasukan ke universiti.