Kem Bangkit Cemerlang PT3 & SPM

Kem Bangkit Cemerlang PT3 dan SPM telah berlangsung pada 11 dan 12 Ogos, bertempat di Pusat Latihan Kertih 2. Seramai 118 orang pelajar terpilih  untuk menyertai kem ini.

Kem berkenaan dengan pelajaran terutamanya untuk mereka yang akan menghadapi perperiksaan adalah suatu perkara yang perlu diberi perhatian kerana kem ini dapat meningkatkan prestasi diri serta meraih motivasi yang baik bagi merealisasi impian untuk menjadi pelajar yang proaktif.





sesi pendaftaran pelajar






pelajar sedang menyiapkan tugasan yang diberi






pelajar mengikuti kelas yang diadakan




Menjamu selera semasa rehat

Kem ini telah berlangsung selama 2 hari 1 malam. Masa dan jadual para pelajar telah padat diisi dengan slot-slot subjek masing-masing. Guru-guru cemerlang subjek dari sekolah sekitar kemaman dan lain-lain telah dijemput hadir untuk membantu anak-anak pelajar SMKRP dalam teknik menjawab bagi menghadapi peperiksaan percubaan SPM & PT3.

Diharapkan kem ini membantu pelajar-pelajar mendapatkan keputusan yang terbaik dalam peperiksaan awam yang bakal menjelang -Admin2





Comments

Popular posts from this blog

Program Menggilap Permata

ROAD RELAY 2016

Gotong Royong Perdana