ROAD RELAY 2016

Satu pertandingan peringkat sekolah dan daerah telah berjaya diadakan di SMK Rantau Petronas pada 3 September 2016. Pertandingan ini dikenali sebagai pertandingan lari berganti atau 'Road Relay'. 

Banyak pasukan dari para pelajar yang datang daripada pelbagai sekolah yang telah melibatkan diri dalam pertandingan ini. Antaranya sekolah yang terlibat ialah SMK Binjai, SMK Sultan Ismail Satu dan lain-lain.





Guru-guru yang terlibat 


Taklimat ringkas tentang laluan yang akan digunakan, tatacara peraturan dan keselamatan turut disampaikan oleh Cikgu Nordin


Peserta-peserta memulakan larian setelah aktiviti memanaskan badan dilakukan mengikut kumpulan masing-masing. Mereka dilepaskan mengikut kategori masing-masing, iaitu bermula dengan pasukan kategori lelaki dan diikuti dengan pasukan kategori perempuan.


 Aktiviti memanaskan badan

Para peserta kelihatan sungguh bersemangat untuk memulakan larian

Penyerahan baton kepada ahli pasukan yang seterusnya





Pertandingan Road Relay ini berakhir dengan jayanya. Acara penyampaian hadiah turut diadakan sebelum para pelajar dibenarkan pulang. 

Pasukan-pasukan yang mendapat tempat bagi pertandingan ini bersama Pengetua SMKRP


Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat dalam pertandingan 'Road Relay' ini. Semoga para pelajar terus berusaha untuk meningkatkan prestasi masing-masing bagi pertandingan yang akan datang. Sekian, terima kasih.

by: Admin2


Comments

Popular posts from this blog

Program Menggilap Permata

Gotong Royong Perdana