Bersama Para Alumni SMKRP

Baru-baru ini, kem bersama alumni  diadakan bagi pelajar SMKRP di sekolah. Kem ini bertujuan untuk mencetuskan lagi semangat para pelajar tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi.



Kem ini telah diketuai oleh bekas pelajar SMK Rantau Petronas ,Raja Akif, iaitu pelajar cemerlang SPM 2010. Beliau juga merupakan ketua murid sekolah ini pada tahun tersebut. Terdapat juga alumni lain dari tahun 2010.

Para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan bersama alumni masing-masing







Kami bergambar sebagai kenangan


Pelbagai perkara yang telah diperoleh pelajar melalui kem ini. Antaranya ialah pengalaman yang dihadapi oleh alumni ketika menghadapi SPM, cara memilih hala tuju selepas SPM dan rahsia kejayaaan mereka.

Semoga kem ini mampu memberikan semangat baru kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan dan cita-cita masing-masing. Sekian, terima kasih.

By: Admin2

Comments

Popular posts from this blog

Program Menggilap Permata

ROAD RELAY 2016

Gotong Royong Perdana