My Rukun Negara

Sempena bulan kemerdekaan ini, Program My Rukun Negara peringkat Daerah Kemaman tahun 2016 telah berjaya diadakan di SMK Sultan Ismail. Program ini telah mendapat sambutan yang amat meriah dan melibatkan banyak sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk SMK Rantau Petronas. 


Suasana di dalam dewan

Majlis bermula tepat pada jam 8.30 pagi dengan nyanyian koir Negaraku dan juga lagu prinsip Rukun Negara. Seterunya, ucapan perutusan dan perasmian daripada Yang Berhormat. Diikuti dengan acara seterunsya iaitu pertunjukan fesyen dan persembahan daripada para pelajar.

Terdapat pelbagai gerai kecil di program ini. Para pelajar juga berkesempatan untuk bergambar dengan pakaian tradisional masing-masing. Majlis berakhir ini pada jam 12 tengah hari.



Bergambar bersama wakil PPD


Para pelajar SMKRP bersama pasangan baju sedondon mereka daripada sekolah-sekolah lain

  Wakil pelajar SMKRP bersama guru pengiring

Diharap semoga program ini mampu diadakan dengan jayanya lagi pada bulan kemerdekaan yang akan datang supaya semangat patriotisme terus mekar dalam diri kita sebagai rakyat yang cintakan negara. 
Sekian, terima kasih.

By: Admin2

Comments

Popular posts from this blog

Program Menggilap Permata

ROAD RELAY 2016

Gotong Royong Perdana