Memperkasa Solat Zohor Berjemaah

Aktiviti solat zohor adalah salah satu aktiviti yang perlu diikuti oleh semua pelajar-pelajar beragama Islam SMK Rantau Petronas. Aktiviti Solat zohor secara berjemaah merupakan salah satu aktiviti yang sangat ditekankan oleh Pengetua SMKRP. Tahun 2016 adalah tahun bagi memperkasa dan menambah baik perjalanan solat zohor secara berjemaah.



Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti serampang dua mata yang ideanya dicetuskan oleh Pengetua sendiri untuk diperkasakan. Dengan penuh kenyakinan bahawa, kepatuhan murid melaksanakan aktiviti ini juga akan membuahkan kecemerlangan dari segi sahsiah dan juga akademik. Menjelang tahun 2016, tenaga guru digembeling secara menyeluruh bagi memastikan kejayaan program ini. Hasil pemerhatian kami, perjalanan solat zohor berjemaah telah dapat dilaksanakan dengan cukup baik. Semoga momentum awal ini akan terus dikekalkan dan ditambah baik. Tahniah serta setinggi penghargaan di atas kerjasama semua pihak yang terlibat.


 Pelajar-pelajar beratur untuk mengambil wuduk


 Pelajar lelaki dan perempuan dipisahkan dengan tirai kain


Doa selepas solat. 
Solat diimankan oleh GPK Ko-Kurikulum


 Bersalam selepas solat zohor 


Pengetua mengetuai sesi pertama untuk pelajar 
yang tidak bersolat. Sesi berikutnya akan diambil alih 
oleh guru bertugas mingguan.

Comments

Popular posts from this blog

Program Menggilap Permata

ROAD RELAY 2016

Pelancaran Program Sukan Elit