Kejohanan Merentas Desa SMKRP

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2016 telah diadakan pada 13 Januari yang lepas. Kejohanan berkenaan telah melibatkan semua guru dan pelajar SMKRP. Pertandingan diadakan mengikut rumah sukan Dulang, Tapis, Jerneh dan Duyong. Laporan daripada PK Ko-Kurikulum memberi gambaran positif berkaitan dengan kehadiran dan penglibatan pelajar. 

 Sesi Penyampaian Hadiah Di Dataran Perhimpunan




 Ucapan Pengetua & Penyampaian Hadiah Oleh PK KO

Keputusan Penuh Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2016 diumumkan oleh Pengerusi Majlis, Cikgu Zainab memang sangat ditunggu-tunggu oleh peserta yang mewakili rumah masing-masing.

KEPUTUSAN PENUH
Johan Keseluruhan: DUYONG
Naib Johan: TAPIS
Ketiga: DULANG
Keempat: JERNEH
Kategori P15: DULANG
Kategori L15: DUYONG
Kategori P18: DUYONG
Kategori L18: TAPIS

 
Juara Keseluruhan : Rumah Duyong


 Salah Seorang Peserta yang Menang Mengikut Kategori


 Dulang Berjaya Membuang 'Badi' di Tempat Tercorot


 Peserta Menunggu Pengumuman Pemenang


 Guru-guru yang Menjaga dan Mengawal Laluan Pelajar


 Sesi Mengalpasti Peserta yang Bertanding


Peserta Di Garisan Permulaan
Dilepaskan Oleh Pengetua SMKRP


 Peserta Berlari di Laluan Utama


Seramai 8 orang pemenang bagi setiap kategori telah dipilih oleh Jurulatih Merentas Desa Sekolah untuk dibuat pemilihan mengikut keadaan trek sebenar Kejohanan MSSD. Daripada 8 peserta, hanya 6 orang akan dipilih untuk mewakili SMK Rantau Petronas. Peserta dipilih mengikut catatan masa terpantas, disiplin dan stamina semasa. Diharapkan SMKRP mampu melahirkan atlet merentas desa yang setanding dengan sekolah-sekolah elite merentas desa di daerah dan negeri. Setinggi tahniah dari New Admin kepada semua guru-guru dan pelajar yang menjayakan kejohanan ini. Semoga kerjasama dan kejayaan ini akan dapat diteruskan di masa hadapan-New Admin.

Comments

Popular posts from this blog

Program Menggilap Permata

ROAD RELAY 2016

Gotong Royong Perdana