Latihan Merentas Desa
Baru-baru ini, latihan pertama merentas desa peringkat sekolah telah diadakan. Surat siaran telah diedarkan kepada penjaga. Rujukan surat: SMKRP.100-11/1/4(56), bertarikh 4 Januari 2016. Sebanyak empat kali sesi latihan akan diadakan iaitu pada 6, 10 dan 11 Januari, bermula jam3.00 hingga 4.30 petang.
PK Ko-Kurikulum Mlepaskan Peserta Semasa Latihan
Kejohanan sebenar akan berlangsung pada 13 Januari 2016, hari Rabu di SMK Rantau Petronas. Tujuan latihan diadakan adalah untuk melatih pelajar agar lebih bersedia bagi menyertai kejohanan sebenar termasuk meningkatkan lagi stamina. Pelajar juga akan melalui laluan sebenar kejohanan semasa latihan terakhir nanti. Dengan adanya aktiviti-aktiviti latihan seperti ini, diharapkan peserta akan lebih bersedia menjelang hari kejohanan sebenar. Diharapkan juga aktiviti ini akan dapat berjalan dengan lancar dan berjaya-New Admin.
Peserta Dilepaskan Mengikut Kategori Masing-masing
Peserta Perempuan yang Dilepaskan Serentak
Comments
Post a Comment