SMKRP Boleh!

Pertandingan berselawat sempena Sambutan Maulidul Rasul1437 Hijrah telah diadakan pada 16 Januari 2016 di Masjid Jamek Kerteh. Sebanyak empat pasukan telah terpilih untuk menyertainya iaitu SMK Rantau Petronas, SMK Kampung Baru Kerteh, SMK Kerteh dan SMK Badrul Alam Shah.


Tahniah kepada Team Selawat SMKRP

 

Sebahagian peserta bersama hadiah kemenangan


Keputusan yang diumum sebentar tadi telah menobatkan SMK Rantau Petronas sebagai Juara bagi tahun 2016 dengan mengalahkan tiga sekolah lain. Kumpulan SMKRP telah berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM300 beserta Sijil Johan Keseluruhan. Kami di mysmkrp mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar dan guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Sijil dan hadiah yang dibawa pulang


Bakat terpendam. Petranian No 1


Kumpulan selawat SMKRP dianggotai oleh 13 orang ahli dan telah dilatih oleh Ustazah Nooraihan, Ustazah Wan Ramlah dan Ustazah Noraini. Diharapkan kumpulan ini terus maju jaya dan akan terus mengharumkan nama baik SMKRP-NewAdmin.

Comments

Popular posts from this blog

Program Menggilap Permata

ROAD RELAY 2016

Gotong Royong Perdana