Posts

Showing posts from April, 2016

KEM RAHSIA SUPER HEBAT DAN TAKLIF PELAJAR PT3 & SPM 2016

Image
Pada 21 April 2016 hingga 23 April 2016 telah diadakan Kem Rahsia Super Hebat bagi menaikkan lagi semangat calon-calon PT3 dan SPM untuk menjawab peperiksaan mereka yang bakal menjelang. Seramai 109 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring menyertainya di Dewan Besar , Mayangsari Resort , Dungun.

SMKRP Bangkit Jua!

Image
Setelah 4 tahun menanti kemenangan, akhirnya SMKRP telah bangkit semula dalam pertandingan perbahasan Bahasa Inggeris peringkat daerah bagi tahun 2016. Pertandingan perbahasan Bahasa Inggeris ini diadakan pada hari Ahad bersamaan 17 April 2016 di SMK Sultan Ismail Satu.

Program Worksyop Solat Tingkatan 1

Image
Khamis, 14 April 2016, Program Worksyop Solat Pelajar Tingkatan 1 telah diadakan di Surau Lama Kerteh. Program ini bermula daripada jam 7:30 pagi hingga jam 5:00 petang. Program tersebut berlangsung selama 9 jam 30 minit. Program ini diadakan bertujuam memantapkan lagi tatacara solat dan juga meningkatkan ilmu pengetahuan berkenaan agama Islam pelajar-pelajar tingkatan 1.

Sambutan Hari Lahir Perdana 2016

Image
Pada 3 April 2016, Program Sambutan Hari Lahir Perdana telah diadakan di bawah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunselling. Tahun ini berlaku sedikit perbezaan di mana hari lahir pelajar diraikan secara serentak berbanding tahun sebelumnya.

MTQ Zon 2

Image
Selepas pertandingan MTQ peringkat sekolah, pertadingan MTQ peringkat Zon 2 pula berjaya diadakan pada 5 April 2016 bertempat di SMK Rantau Petronas sebagai tuan rumah pada tahun ini. Sebanyak 6 buah sekolah telah terlibat iaitu SMK Rantau Petronas, SMK Badrul Alam Shah, SMK Kerteh, SMK Kampung Baru Kerteh, SMK Kijal dan SMA Imtiaz Kemaman dengan jumlah keseluruhan peserta seramai 96 orang.      

Program Masih Ada Yang Sayang

Image
Satu program anjuran Kelab Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya diadakan pada 2 April 2016 iaitu Program Masih Ada Yang Sayang di Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi yang terletak di Kuala Terengganu. Rumah tunas harapan ini mempunyai seramai 73 orang penghuni. Pelajar-pelajar berada di dewan rumah tunas harapan 

MTQ

Image
Pada 29 dan 30 Mac 2016, program Musabaqoh Tilawah Quran ( MTQ ) anjuran Panitia Pendidikan Islam telah diadakan dengan jayanya. Sebanyak tiga pertandingan diadakan bagi program ini, antaranya ialah pertandingan tilawah Al-Quran, pertandingan hafazan Al-Quran dan pertandingan Nasyid.  Kumpulan-kumpulan nasyid yang  menyertai pertandingan nasyid.

Kejohanan Olahraga MSSD 2016

Image
Kejohanan Olahraga MSSD ( Majlis Sukan Sekolah Daerah ) telah berjaya diadakan di SMK Sultan Ismail yang berlangsung selama 4 hari iaitu dari 7 Mac hingga 10 Mac 2016. Seramai 55 orang pelajar SMKRP telah terlibat dengan kejohanan tersebut. Mereka dibahagikan kepada 4 kategori iaitu L15, L18, P15 dan P18. Mereka telah dipilih mewakili sekolah berdasarkan prestasi sukan yang ditonjolkan pada hari Kejohanan Padang dan Balapan Peringkat Sekolah pada bulan Februari yang lalu. Atlet-atlet yang telah mewakili SMK Rantau Petronas

Pertandingan Program KM1M

Image
Pertandingan dibawah Program KM1M telah diadakan di SMKRP pada hari ini. Antara pertandinganyang diadakan ialah Teka Silang Kata, Sudoku, Melukis Poster, Menjawikan Teks. Tujuan  pertandingan adalah untuk memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar bagi menyertai aktiviti-aktiviti pertandingan secara sihat.

Program Kem Membaca 1 Malaysia

Image
Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia bertujuan untuk membina tabiat membaca dalam kalangan pelajar sekolah dan memartabatkan pembelajaran sepanjang hayat. Tema Program Kem Membaca 1 Malaysia pada tahun ini ialah "Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia".