SMKRP Bangkit Jua!

Setelah 4 tahun menanti kemenangan, akhirnya SMKRP telah bangkit semula dalam pertandingan perbahasan Bahasa Inggeris peringkat daerah bagi tahun 2016.
Pertandingan perbahasan Bahasa Inggeris ini diadakan pada hari Ahad bersamaan 17 April 2016 di SMK Sultan Ismail Satu.




 Pada peringkat awal, sekolah kita telah berjaya menentang SMK Air Putih dengan bahas yang begitu mantap menyebabkan sekolah kita berjaya menyertai peringkat suku akhir. Pada peringkat ini pula, SMKRP berbahas dengan SMK Binjai dan berjaya membuahkan hasil kemenangan dua kali berturut-turut.

                                                    Para pelajar yang mewakili sekolah



Peringkat separuh akhir pula diadakan pada hari Selasa bersamaan 19 April 2016. Setelah bertanding dengan persaingan yang kuat antara SMKRP dan SMK Sultan Ismail Dua, sekolah kita tidak berjaya meneruskan perjalanan hingga ke pusingan akhir.


Para hadirin menyaksikan perbahasan yang hebat daripada pelajar-pelajar sekolah kita

Walaubagaimanapun, ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar sekolah kita telah bertungkus lumus bagi meningkatkan nama sekolah iaitu  mendapat tempat yang  tempat ke-4. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar SMKRP yang terlibat.

Diharapkan pelajar-pelajar SMKRP tidak menyerah kalah dan terus meningkatkan lagi prestasi sekolah bagi pertandingan ini dengan mendapatkan tempat yang lebih tinggi pada masa akan datang. Ribuan tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Sekian, terima kasih.

By: Admin2





Comments

Popular posts from this blog

Program Menggilap Permata

ROAD RELAY 2016

Gotong Royong Perdana