Program Masih Ada Yang Sayang

Satu program anjuran Kelab Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya diadakan pada 2 April 2016 iaitu Program Masih Ada Yang Sayang di Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi yang terletak di Kuala Terengganu. Rumah tunas harapan ini mempunyai seramai 73 orang penghuni.

Pelajar-pelajar berada di dewan rumah tunas harapan 




Penasihat Rumah Tunas Harapan memberikan ucapan 

Pelajar-pelajar SMKRP yang terlibat pula ialah seramai 74 orang dan sebanyak 2 dua bas telah digunakan bagi membawa pelajar-pelajar kita ke rumah tunas harapan. Bukan itu sahaja, seramai 5 orang guru pengiring turut serta iaitu cikgu Zubaidah, cikgu Asilah, ustazah Noraini, cikgu Norizan dan ustazah Noraihan. Sepanjang program ini dijalankan, pelbagai aktiviti telah diadakan. Pelajar-pelajar telah mendapat pengalaman baru di sana iaitu semasa melayan karenah anak-anak istimewa ketika makan tengahari. 




Sesi makan tengahari bersama warga rumah tunas harapan


Ibu bapa pelajar SMKRP juga telah menaja hidangan tengahari bagi warga tunas harapan iaitu satu set hidangan KFC bagi setiap seorang. Sumbangan saguhati daripada ibu bapa dan guru-guru pengiring turut diberikan kepada penghuni rumah Tunas Harapan. Diharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
By : Admin2

Comments

Popular posts from this blog

Program Menggilap Permata

ROAD RELAY 2016

Gotong Royong Perdana