MTQ


Pada 29 dan 30 Mac 2016, program Musabaqoh Tilawah Quran ( MTQ ) anjuran Panitia Pendidikan Islam telah diadakan dengan jayanya. Sebanyak tiga pertandingan diadakan bagi program ini, antaranya ialah pertandingan tilawah Al-Quran, pertandingan hafazan Al-Quran dan pertandingan Nasyid. 


Kumpulan-kumpulan nasyid yang  menyertai pertandingan nasyid.


Pelajar-pelajar yang terlibat sangat berbakat dan
menunjukkan persaingan yang tinggi dari kalangan mereka


Sesi penyampaian hadiah juga berjaya dilaksanakan pada 3 April 2016. Keputusan setiap pertandingan telah ditetapkan dengan adil oleh pihak guru. Pemenang-pemenang ini akan mewakili sekolah bagi pertandingan MTQ peringkat zon pula yang akan diadakan pada 5 April 2016 di SMK Rantau Petronas.


Johan bagi pertandingan syarahan lelaki


Johan bagi pertandingan hafazan Al-Quran lelaki



  Johan bagi pertandingan nasyid iaitu kumpulan Shawtul Mujahid



Semoga lebih ramai lagi pelajar-pelajar SMKRP yang akan menyertai pertandingan MTQ yang seterusnya. Tahniah dan syabas juga kepada semua peserta yang mengambil bahagian.
By: Admin2

Comments

Popular posts from this blog

Program Menggilap Permata

ROAD RELAY 2016

Gotong Royong Perdana