Kejohanan Olahraga MSSD 2016

Kejohanan Olahraga MSSD ( Majlis Sukan Sekolah Daerah ) telah berjaya diadakan di SMK Sultan Ismail yang berlangsung selama 4 hari iaitu dari 7 Mac hingga 10 Mac 2016. Seramai 55 orang pelajar SMKRP telah terlibat dengan kejohanan tersebut. Mereka dibahagikan kepada 4 kategori iaitu L15, L18, P15 dan P18. Mereka telah dipilih mewakili sekolah berdasarkan prestasi sukan yang ditonjolkan pada hari Kejohanan Padang dan Balapan Peringkat Sekolah pada bulan Februari yang lalu.

Atlet-atlet yang telah mewakili SMK Rantau Petronas

Tidak dilupakan juga guru-guru pengiring yang sentiasa memberi sokongan kepada Atlet-atlet Petranian, Cikgu Mohd Nordin bin Mohd Noor, Cikgu Zainuddin bin Abdullah, Cikgu Raja Zainarabidin bin Raja Zailon, Cikgu Kartini binti Minster dan Cikgu Rosmizan binti Ismail.

Atlet SMK Rantau Petronas berjaya membawa pulang 2 pingat perak bagi acara lompat tinggi L18 dan P15, dan 1 pingat gangsa bagi acara lompat kijang P15.

Penerima Pingat Perak P15 (Lompat Tinggi)
Antara pelajar yang telah bejaya mengharumkan nama sekolah

Semoga atlet-atlet Petranian akan terus berusaha dan lebih bersemangat untuk meningkatkan prestasi sekolah dalam aktiviti Ko-kurikulum pada masa akan datang.
By : Admin2

Comments

Popular posts from this blog

Program Menggilap Permata

ROAD RELAY 2016

Gotong Royong Perdana