MTQ Zon 2

Selepas pertandingan MTQ peringkat sekolah, pertadingan MTQ peringkat Zon 2 pula berjaya diadakan pada 5 April 2016 bertempat di SMK Rantau Petronas sebagai tuan rumah pada tahun ini. Sebanyak 6 buah sekolah telah terlibat iaitu SMK Rantau Petronas, SMK Badrul Alam Shah, SMK Kerteh, SMK Kampung Baru Kerteh, SMK Kijal dan SMA Imtiaz Kemaman dengan jumlah keseluruhan peserta seramai 96 orang.      







Antara pertandingan yang diadakan ialah pertandingan hafazan Al-Quran, pertandingan tilawah Al-Quran, pertandngan syarahan agama, dan pertandingan nasyid. Pertandingan-pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kategori lelaki dan kategori perempuan. Selain itu, pertandingan ini turut disertai oleh YB IR Rosli Bin Othman sebagai perasmi majlis penutup MTQ peringkat Zon 2 bagi tahun 2016. 

Ketibaan Yang Berhormat ke perkarangan SMK Rantau Petronas 
disambut dengan meriah


Sehubungan dengan itu, dua orang pelajar SMKRP kita telah berjaya memenangi pertandingan hafazan Al-Quran iaitu tempat ketiga bagi kategori lelaki dan tempat kedua bagi kategori perempuan.


Pemenang-pemenang daripada SMKRP menerima hadiah 
daripada yang disampaikan oleh YB IR Rosli



Diharapkan pretasi SMKRP dapat ditingkatkan lagi lain kali bagi mengharumkan nama sekolah, InsyaAllah. By: Admin2

Comments

  1. Sorry, Aiman Fikri checking here, just noticed that menyumpang in the Current Info.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Program Menggilap Permata

ROAD RELAY 2016

Gotong Royong Perdana