Posts

Showing posts from 2018

Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 kali ke 14

Image
Pada 23 Mac  2018 ,pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 SMK Rantau Petronas telah ke Kuala Terengganu. Pelajar yang menyertai Pelajar-pelajar mengunjungi Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 yang diadakan di Universiti Malaysia Terengganu. Pelajar berkumpul sebelum menaiki bas Banner Karnival  Program ini adalah salah satu usaha Kementerian Pendidikan untuk membuka peluang kepada pelajar bagi memilih program dengan minat serta kelayakan masing-masing. Selain itu,Karnival ini banyak membantu dan sesuai untuk setiap pelajar sama ada untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang yang diinginkan. Akhir sekali,saya berharap agar program ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dalam merancang hala tuju yang akan ditempuhi selepas SPM nanti. -Nurfatin Atiqah Binti Mohd Ithnin

Perkhemahan Perdana (Unit Beruniform) SMKRP 2018

Image
RABU- JUMAAT 02-04 MEI 2018, Perkhemahan Perdana (Unit Beruniform) SMKRP 2018 Rabu 02 sehingga Khamis 04 Mei telah diadakan Perkhemahan Perdana SMKRP 2018. Perkhemahan ini merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Terdapat 7 Unit Beruniform yang menyertai perkhemahan ini iaitu Pandu Puteri, Kadet Polis, Kadet Bomba, Pengakap, Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Puteri Islam. Seramai 270 pelajar yang menyertai perkhemahan tersebut. Persediaan tapak perkhemahan Terdapat beberapa pertandingan yang telah diadakan semasa perkhemahan tersebut seperti pertandingan gadget, orienteering, istana pasir, masakan rimba, pertolongan cemas, kawad dan banyak lagi. Selain itu, pihak sekolah juga telah menjemput Pasukan Bomba dan Penyelamat Kerteh untuk mendemonstrasikan beberapa cara untuk menyelamatkan diri dan memadamkan api apabila berlaku kebakaran. Ketua Pasukan Pegawai Bomba dan Penyelamat Kerteh  telah menyampaikan ceramah selepas demonstrasi

Merentas Desa Peringkat Sekolah

Image
Ahad, 21 Januari, SMK Rantau Petronas telah mengadakan merentas desa peringkat sekolah. Acara ini bertujuan untuk memilih wakil pelajar untuk ke peringkat daerah. Selain itu, aktiviti ini dapat menyihatkan tubuh badan pelajar. pelajar sedang mendengar taklimat  Selepas sesi taklimat merentas desa, semua pelajar melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum berlari. Ini dapat mengelakkan pelajar dari mengalami kecederaan. Seterusnya, pelajar dibahagikan kepada 4 kategori iaitu P15, P18, L15 dan L18. Kemudian, pelajar-pelajar  bersedia untuk larian.  pelajar sedang besedia untuk berlari Akhir sekali, penyampaian hadiah berlangsung. Johan keseluruhan bagi merentas desa padan tahun ini ialah rumah Zircon. Kepada pelajar yang tidak mendapat medal pada tahun ini boleh mencuba lagi pada tahun seterusnya Akhir kata, saya berharap pelajar dapat mencergaskan badan dengan bersukan. Bak kata pepatah badan cergas,otak cerdas. -Nurfatin Atiqah Bt Mohd Ithnin

Majlis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017

Image
KHAMIS 15 MAC 2018, Majlis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 Khamis 15 Mac telah diadakan Majlis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan keputusan kepada para pelajar tingkatan 5 yang telah menghadapi peperiksaan tersebut pada akhir tahun 2017. Setelah 5 tahun belajar dengan bersungguh-sungguh dan tabah menghadapi peperiksaan di sekolah ini, akhirnya hasilan daripada titik peluh mereka telah mengeluarkan hasilannya. Seramai 63 orang pelajar yang telah mengambil peperiksaan tersebut. Senarai pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2017 01. Soorya A/L Balasubramian (10A) 02. John Jemiru Anak Penguang (8A)            03. Chong Cheng Yee (8A) 04. Abdul Hakam Bin Adli (8A) 05. Siti Nur Syazana Binti Talib (8A) 06. Natasha Aisyah Binti Rosdi Anuar (7A) 07. Asyeela Adibah Binti Dzulkifli (7A) 08. Nur Balqis Izazi Binti Azri (7A) 09. Muhammad Ilyas Bin Azahir (7A) 10. Tuan Nurizzah Nabila

Mesyuarat Agung PIBG SMK Rantau Petronas 2018

Image
F ebruari 24. Program ini berlangsung pada hari Sabtu.Tujuan ini untuk melantik ahli jawatan kuasa yang baru bagi tahun 2018/2019. ibu bapa sedang mengundi calon ahli jawatan kuasa yang baru Seterusnya,7 orang pelajar kompang telah mengiringi tetamu kehormat dan silat dipersembahkan sebelum tetamu kehormat masuk ke dalam auditorium. seorang pelajar sedang bersilat 7 pelajar kompang Ahli jawatan kuasa 2018/2019 Seterusnya,majlis ini adalah juga untuk menganugerahkan pelajar terbaik pada akhir tahun 2017 dan pelajar cemerlang PT3.dengan anugerah yng diberikan itu dapat menaikkan semangat pelajar untuk belajar kerana telah dianugerahkan anugerah kecemerlangan. pelajar terbaik tingkatan 2 Selain itu,majlis ini juga dapat mengeratkan silaturahim di dalam k alangan ibu bapa serta guru. 

Majlis Penyerahan Tablet

Image
Mac 13,Selasa. Majlis ini berlangsung di Dewan Hayati Ilmi SM Imtiaz,Kemaman. Majlis ini bertujuan untuk  merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP). Guru-guru di negari Terengganu sedang mendengar taklimat Ketika membangunkan aplikasi Tutor Guru yang menjadi teras kepada projek tablet ini, faktor yang sangat diambil berat ialah ciri mesra PdP, mengeksploitasi kemahiran minimum guru dalam teknologi maklumat dalam komunikasi (TMK) dan membantu meningkatkan profesion individu guru itu sendiri. guru-guru bersama tablet yang baru sahaja diterima Saya berharap dengan pemberian tablet ini, guru-guru dapat menggunakan tablet yang didapati dengan sebaiknya dapat membantu mendidik pelajar-pelajar agar lebih cemerlang. -Nurfatin Atiqah Bt Mohd Ithnin

Majlis Dialog Prestasi Pelajar dan Target

Image
12 Mac,Isnin. Majlis ini bertujuan untuk membincangkan tentang potensi pelajar serta target guru terhadap pelajar berdasarkan keputusan peperiksaan TOV mereka baru-baru ini. Selain itu,majlis ini bertujuan untuk mengumumkan pelajar STAR PT3&SPM bagi tahun 2018. Pengetua memberi ucapan serta memberi kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar PT3 dan SPM Pelajar STAR SPM & PT3 Seterusnya, tibalah masa ibu bapa berbincang bersama guru tentang potensi anak-anak mereka serta target yang ditetapkan .Hal ini dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan ibu bapa,pelajar dan guru.  guru sedang berbincang bersama pelajar dan ibu bapa Saya berharap dengan program ini dapat memberi manfaat kepada ibu bapa,guru serta pelajar. -Nurfatin Atiqah Bt Mohd Ithnin

Vocab Camp

Image
Vocab camp khas untuk pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3(PT3) .Camp ini berlangsung pada 21 hingga 23 Februari di UNIKL MSI,Kulim,Kedah.Seramai 66 orang yang mengikuti program ini.  membuat kerja berkumpulan sambil mendapat mendapat dari fesilitator Fasilitatornya terdiri daripada 3 orang pensyarah dan 10 0rang pelajar UNIKL MSI.Pelajar telah didedahkan dengan penggunaan bahasa inggeris dalam setiap aktiviti. Terdapat pelbagai aktivi yang telah mereka lakukan antaranya termasuklah aktiviti STEM yang bertempat di bengkel engineering. pelajar mendengar taklimat pelajar sedang membentang tentang kumpulan mereka Pelajar cukup gembira dan bersemangat dalam melakukan setiap aktivi yang dijalankan selama disana.Bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan.Semoga pelajar mendapat manfaat dalam kem ini.Saya berharap kem ini dapat menyuntik semangat pelajar untuk menempuhi PT3 nanti. -Nurfatin Atiqah Bt Mohd

Majlis Pelancaran Program Nilam, PetraTV & FrogVLE

Image
AHAD 25 FEBRUARI 2018, Majlis Pelancaran Program NILAM, PetraTV Dan FrogVLE Ahad 25 Februari telah diadakan Majlis Pelancaran Program NILAM, PetraTV & FrogVLE bersama dengan perhimpunan rasmi.Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menerangkan kepada semua pelajar tentang kegunaan setiap program yang telah dibangunkan oleh Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis ini telah bermula dari pukul 7:45 pagi dan tamat pada pukul 9:10 pagi.                                        VIDEO TOKOH NILAM NEGERI SELANGOR Selain itu, majlis tersebut telah diadakan dalam Auditorium Petra yang begitu selesa dan indah untuk semua pelajar dan guru. Untuk memeriahkan lagi keadaan majlis tersebut, pihak sekolah telah menjemput Pegawai Pusat Kegiatan Guru Kemasik (Encik Wan Roslan Bin Wan Zaki) untuk melancarkan majlis yang amat gemuruh ini.                                       PENYAMPAIAN UCAPAN DARIPADA PENGETUA Dalam ucapan beliau, beliau telah menegaskan beberapa kekurangan

Chap Goh Mei Sempena Sambutan Tahun Baru Cina

Image
JUMAAT 2 MAC 2018, Sambutan Chap Goh Mei Jumaat 2 Mac telah diadakan sambutan Chap Goh Mei bagi semua rakyat Malaysia yang berbangsa Cina di seluruh Malaysia dan seluruh dunia. Sambutan ini merupakan sambutan yang amat penting bagi semua bangsa Cina kerana ini menandakan berakhirnya Tahun Baru Cina untuk tahun ini. Ia juga disambut pada hari ke 15 mengikut Kalendar Cina. Selain itu, ia juga merupakan sebuah tradisional bagi bangsa Cina. Pesta Chap Goh Mei ini juga disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan malam secara besar-besaran bersama semua ahli keluarga.                                                                                     KUIH-MUIH TAHUN BARU CINA                                                                        YEE SANG Jika mengikut tradisi, semua ahli keluarga akan berkumpul bersama untuk makan besar-besaran di rumah. Tetapi pada zaman seka

Lawatan ke Ekspo Terengganu 2018

Image
       Selasa, 27 Februari 2018. Satu rombongan yang telah disertai oleh segolongan pelajar tingkatan 3 dan diiringi oleh dua orang guru pengiring telah pergi ke program Ekspo Terengganu di Stadium Sukan Gong Badak.                                   Pelajar-pelajar tingkatan 3 bersama guru-guru pengiring bergambar                                                                              bersama.         Motif program ini adalah untuk mengingatkan kepada penduduk negeri Terengganu tentang pencapaian yang telah diperoleh. Program Ekspo Terengganu ini telah diadakan dari 24 Februari sehingga 3 Mac 2018. Bagi penduduk Terengganu yang lahir di Terengganu, mereka sangat beruntung kerana terdapat tugasan khas bagi mereka. Pada awal kedatangan, mereka yang dilahirkan Terengganu ‘pior’ mendapat sehelai kertas untuk dicop di setiap kiosk yang tertentu. Dengan melakukan tugasan tersebut, mereka yang beruntung akan memenangi hadiah yang sangat berbalo i.