Posts

Showing posts from January, 2016

Malam Amal Kasih D'Cakna

Image
Jamuan makan malam amal, Malam Amal Kasih D'Cakna telah berjaya diadakan pada 29 Januari 2016 di Kelab Golf Rantau Petronas Kerteh. Hadirin terdiri daripada YDP PIBG, NYDP PIBG, AJK PIBG, VIP, PPD Kemaman, Pegawai Perhubungan Sekolah, IPD Kemaman, Wakil SK Rantau, Wakil Kesihatan, Ibubapa, guru-guru dan pelajar SKRP. Buku aturcara majlis

Gotong Royong Perdana

Image
Satu aktiviti gotong-royong telah diadakan di SMK Rantau Petronas pada 28 Januari baru-baru ini. Gotong-royong telah melibat semua pelajar, guru, kakitangan dan ibubapa. Tujuan diadakan aktiviti gotong-royong adalah untuk menyemai cintakan kebersihan dan keindahan ke dalam diri pelajar SMKRP. Di antara aktiviti yang dijalankan termasuklah membersihan kawasan sekolah, memusnahkan tempat pembiakan jentik-jentik, menghias kelas dan mengecat.

Pertandingan Bola Keranjang MSSD 2016

Image
Pertandingan Akhir Bola Keranjang MSSD 2016 telah diadakan pada 28 Januari 2016. SMKRP telah menghantar satu pasukan untuk membawa cabaran ke peringkat daerah. Selepas beberapa siri perlawanan, pasukan telah berjaya mendapat tempat ke-3, bersama dengan sebuah lagi sekolah menengah. Somoga pasukan ini akan terus maju jaya pada masa akan datang . Tahniah dari kami di mysmkrp -NewAdmin

Kejohanan Merentas Desa MSSD 2016

Image
Kejohanan Merentas Desa MSSD 2016 telah diadakan di SMK Cheneh Baru pada 27 Januari 2016. SMK Rantau Petronas telah menghantar seramai 23 orang pelari yang mewakli 4 kategori utama L15, P15, L18 dan P18. Misi utama 2016 adalah untuk menambah jumlah pingat dan memperbaiki kedudukan SMKRP ddalam Daerah Kemaman. Pada 2015 SMKRP hanya memperolehi satu sahaja pingat menerusi pelari Nor Amanina.   Sandaran Pingat SMKRP

Taklimat DLP Kepada Penjaga

Image
Satu taklimat dan sesi penerangan berkaitan DLP (Dual Language Program) telah diadakan di Auditorium SMK Rantau Petronas pada 25 Januari, pukul 8.00 hingga 9.00 pagi. Tujuan taklimat adalah bagi memberi penerangan yang lebih jelas kepada ibubapa dan penjaga pelajar Tingkatan 1 tentang program DLP. DLP diperkenalkan di SMK Rantau Petronas bermula Tingkatan 1, 2016. Pelajar-pelajar kelas DLP akan belajar mata pelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris. Pelajar yang memilih untuk mengikuti program ini akan ditempatkan ke dalam kelas 1 Inovatif. Adalah diharapkan sesi taklimat yang diadakan ini akan memberikan pemahaman yang lebih luas kepada penjaga dan perlajar berkaitan program DLP. Tahniah dan selamat belajar kami ucapkan kepada semua pelajar yang telah terpilih untuk mengikuti program DLP bagi sesi 2016- NewAdmin  Taklimat disampaikan oleh Pengetua SMKRP

Lawatan Penanda Aras

Image
Satu program Lawatan Penanda Aras telah diadakan pada 22 dan 23 Januari 2016. Program disertai oleh semua guru dan kakitangan SMKRP. Lokasi utama lawatan ialah ke SMK Damansara Utama. Rombongan telah bertolak menaiki bas seawal 4 pagi dari perkarangan SMK Rantau Petronas.  Rombongan menaiki bas yang disewa khas

Watikah Perlantikan Pengawas

Image
Majlis Perasmian dan Penganugerahan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Koperasi Sekolah, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas telah diadakan di SMK Rantau Petronas Pada 17 Januari 2016 baru-baru ini. Inspektor Mohamad Yasir Bin Ismail Pegawai Cawangan Khas IPD Kemaman Merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah

SMKRP Boleh!

Image
Pertandingan berselawat sempena Sambutan Maulidul Rasul1437 Hijrah telah diadakan pada 16 Januari 2016 di Masjid Jamek Kerteh. Sebanyak empat pasukan telah terpilih untuk menyertainya iaitu SMK Rantau Petronas, SMK Kampung Baru Kerteh, SMK Kerteh dan SMK Badrul Alam Shah. Tahniah kepada Team Selawat SMKRP

Kejohanan Merentas Desa SMKRP

Image
Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2016 telah diadakan pada 13 Januari yang lepas. Kejohanan berkenaan telah melibatkan semua guru dan pelajar SMKRP. Pertandingan diadakan mengikut rumah sukan Dulang, Tapis, Jerneh dan Duyong. Laporan daripada PK Ko-Kurikulum memberi gambaran positif berkaitan dengan kehadiran dan penglibatan pelajar.    Sesi Penyampaian Hadiah Di Dataran Perhimpunan

Latihan Olahraga MSSD

Image
Beberapa sesi latihan bagi persediaan untuk Olahraga dan Balapan MSSD telah dijalankan di padang SMKRP. Selepas latihan merentas desa, pelajar yang terlibat untuk pemilihan dan latihan akan meneruskan latihan balapan dan padang. Latihan akan dijalankan secara berkala dan sesi pemilihan akan dibuat pada akhir januari. Diharapkan aktivit ini akan mampu memperbaiki ranking dan kedudukan SMKRP di Daerah Kemaman- New Admin

Latihan Merentas Desa

Image
Baru-baru ini, latihan pertama merentas desa peringkat sekolah telah diadakan. Surat siaran telah diedarkan kepada penjaga. Rujukan surat: SMKRP.100-11/1/4(56), bertarikh 4 Januari 2016. Sebanyak empat kali sesi latihan akan diadakan iaitu pada 6, 10 dan 11 Januari, bermula jam3.00 hingga 4.30 petang. PK Ko-Kurikulum Mlepaskan Peserta Semasa Latihan

Orientasi Tingkatan 4

Image
Sekitar Majlis Orientasi Pelajar Tingkatan 4. Lokasi Majlis di Auditorium SMK Rantau Petronas. Di antara pengisian program termasuklah penerangan berkaitan Akademik, Hal Elwal Murid dan Ko-Kurikulum- New Admin .   Ucapan Daripada Pengetua SMK Rantau Petronas

Memperkasa Solat Zohor Berjemaah

Image
Aktiviti solat zohor adalah salah satu aktiviti yang perlu diikuti oleh semua pelajar-pelajar beragama Islam SMK Rantau Petronas. Aktiviti Solat zohor secara berjemaah merupakan salah satu aktiviti yang sangat ditekankan oleh Pengetua SMKRP. Tahun 2016 adalah tahun bagi memperkasa dan menambah baik perjalanan solat zohor secara berjemaah.

Orientasi Pelajar Baru

Image
Sekitar Majlis Orientasi Pelajar Tingkatan 1 yang telah diadakan di auditorium SMK Rantau Petronas, Kerteh. Program dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Rantau Petronas. Kumpulan sasaran adalah semua pelajar-pelajar tingkatan 1 yang baru mendaftarkan diri. Antara tujuan program diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tingkatan 1 menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di sekolah menengah. Antara aktiviti yang dijadualkan termasuklah pengenalan subjek-subjek tingkatan 1, peraturan dan disiplin serta hal-hal yang berkitan dengan aktiviti Ko-Kurikulum- New Admin .

Taman Mini SMKRP

Image
Selamat datang kepada semua pengunjung. Pada post kali ini admin ingin paparkan beberapa keping gambar berkaitan Taman Mini SMKRP yang telahpun siap hampir 90 %. Pembinaan yang bermula pada awal cuti penghunjung tahun dan telah hampir siap pembinaannya menjelang sesi baru persekolahan 2016. Pembinaan ini adalah hasil idea daripada Pengetua SMKRP, En. Ab. Rahman Bin Tahar. Tanggungjawab sebagai ketua projek telah diberikan kepada seorang guru SMKRP iaitu Cikgu Muhammad Zainuddin Bin Abdullah. Berkat kegigihan dan usaha Cikgu Zainuddin sehinggakan terpaksa mengorbankan masa cutinya, taman mini ini berjaya disiapkan.