Posts

Menyemai Benih Akhirat

Image
Pada 2 Mac 2017, telah diadakan satu program pelancaran tabung surau. Program ini dinamakan Menyemai Benih Akhirat sempena pelancaran tabung untuk menarik minat pelajar untuk menderma sebagai saham akhirat. Pelajar membawa banner Program Menyemai Benih Akhirat

Sukan Balapan dan Padang Tahunan 2017

Image
Pada 9 Februari 2017, SMK Rantau Petronas telah menjayakan program Sukan Balapan dan Padang Tahunan 2017. Terdapat 4 buah rumah sukan yang telah bertanding iaitu Rumah Duyung (Merah), Dulang (Biru), Tapis (Hijau) dan Jerneh (Kuning). Wakil kontinjen mengetuai kejohanan

Program Bersama Pihak TATI University College

Image
Para pelajar tingkatan 4 dan 5 telah didedahkan dengan maklumat-maklumat tentang halatuju selepas SPM pada hari Rabu baru-baru ini. Penyampaian maklumat ini telah diadakan dengan kerjasama daripada pihak TATI University College yang telah menghantar seramai 8 orang pensyarah dan 10 orang pelajar universiti ke SMKRP. Penceramahan pertama tentang pengenalan kepada Universiti kolej TATI

SULTAN MAHMUD BRIDGE INTERNATIONAL RUN 2016

Image
Pada tahun ini, Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud telah berjaya diadakan lagi pada 24 September 2016. Bilangan peserta yang telah menyertai dari beberapa buah negeri dan negara tercatat seramai 50 ribu orang termasuk pelajar-pelajar SMK Rantau Petronas seramai 50 orang.    

5th ASEAN SCOUT JAMBOREE

Image
Satu jambori pengakap peringkat antarabangsa telah dilaksanakan dengan jayanya pada 15 hingga 20 Sepetember 2016. Pada tahun ini, Malaysia telah menjadi tuan rumah bagi perkhemahan Jamboree Asean ini. Seramai 17 peserta daripada SMKRP telah mengambil tempat dalam program ini. Tentatif perkhemahan

ROAD RELAY 2016

Image
Satu pertandingan peringkat sekolah dan daerah telah berjaya diadakan di SMK Rantau Petronas pada 3 September 2016. Pertandingan ini dikenali sebagai pertandingan lari berganti atau 'Road Relay'.  Banyak pasukan dari para pelajar yang datang daripada pelbagai sekolah yang telah melibatkan diri dalam pertandingan ini. Antaranya sekolah yang terlibat ialah SMK Binjai, SMK Sultan Ismail Satu dan lain-lain.

My Rukun Negara

Image
Sempena bulan kemerdekaan ini, Program My Rukun Negara peringkat Daerah Kemaman tahun 2016 telah berjaya diadakan di SMK Sultan Ismail. Program ini telah mendapat sambutan yang amat meriah dan melibatkan banyak sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk SMK Rantau Petronas.