Posts

Showing posts from 2016

Program Bersama Pihak TATI University College

Image
Para pelajar tingkatan 4 dan 5 telah didedahkan dengan maklumat-maklumat tentang halatuju selepas SPM pada hari Rabu baru-baru ini. Penyampaian maklumat ini telah diadakan dengan kerjasama daripada pihak TATI University College yang telah menghantar seramai 8 orang pensyarah dan 10 orang pelajar universiti ke SMKRP. Penceramahan pertama tentang pengenalan kepada Universiti kolej TATI

SULTAN MAHMUD BRIDGE INTERNATIONAL RUN 2016

Image
Pada tahun ini, Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud telah berjaya diadakan lagi pada 24 September 2016. Bilangan peserta yang telah menyertai dari beberapa buah negeri dan negara tercatat seramai 50 ribu orang termasuk pelajar-pelajar SMK Rantau Petronas seramai 50 orang.    

5th ASEAN SCOUT JAMBOREE

Image
Satu jambori pengakap peringkat antarabangsa telah dilaksanakan dengan jayanya pada 15 hingga 20 Sepetember 2016. Pada tahun ini, Malaysia telah menjadi tuan rumah bagi perkhemahan Jamboree Asean ini. Seramai 17 peserta daripada SMKRP telah mengambil tempat dalam program ini. Tentatif perkhemahan

ROAD RELAY 2016

Image
Satu pertandingan peringkat sekolah dan daerah telah berjaya diadakan di SMK Rantau Petronas pada 3 September 2016. Pertandingan ini dikenali sebagai pertandingan lari berganti atau 'Road Relay'.  Banyak pasukan dari para pelajar yang datang daripada pelbagai sekolah yang telah melibatkan diri dalam pertandingan ini. Antaranya sekolah yang terlibat ialah SMK Binjai, SMK Sultan Ismail Satu dan lain-lain.

My Rukun Negara

Image
Sempena bulan kemerdekaan ini, Program My Rukun Negara peringkat Daerah Kemaman tahun 2016 telah berjaya diadakan di SMK Sultan Ismail. Program ini telah mendapat sambutan yang amat meriah dan melibatkan banyak sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk SMK Rantau Petronas. 

Kem Bangkit Cemerlang PT3 & SPM

Image
Kem Bangkit Cemerlang PT3 dan SPM telah berlangsung pada 11 dan 12 Ogos, bertempat di Pusat Latihan Kertih 2. Seramai 118 orang pelajar terpilih  untuk menyertai kem ini.

Masih Ada Yang Sayang

Image
Satu lawatan ke rumah warga emas di Pusat Perlindungan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas, Johor telah diadakan pada 27 Julai 2016. Rombongan ini telah melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 4 dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling. Objektif lawatan ini adalah untuk menghargai warga emas dan menyemai perasaan kasih sayang anak remaja terhadap warga emas.

Mock-Interview

Image
Baru-baru ini, pelajar-pelajar tingkatan 5 telah terlibat dengan satu program di bawah anjuran UniKL dan MARA iaitu Mock Interview. Program ini bertujuan untuk mengajar pelajar cara-cara untuk berdepan dengan temu duga sebenar seperti temu duga kemasukan ke universiti.

Pelancaran Program Sukan Elit

Image
Buat kali pertamanya di SMK Rantau Petronas, satu program sukan dan permainan telah berjaya dilancarkan. Objektif program ini adalah untuk menyusun program latihan kepada atlet-atlet secara sistematik agar pelajar yang terlibat mampu menyinar serta dapat mengharumkan nama sekolah menjelang tahun 2017 dan berjaya ke peringkat tertinggi.

Bersama Para Alumni SMKRP

Image
Baru-baru ini, kem bersama alumni  diadakan bagi pelajar SMKRP di sekolah. Kem ini bertujuan untuk mencetuskan lagi semangat para pelajar tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi.

Open Your Eyes! 4.0

Image
Pada 28 Julai 2016, bertempat di Imtiaz Kemaman, pihak Yayasan Terengganu telah menaja satu program yang dikenali sebagai program Open Your Eyes yang diketuai oleh Encik Satria Asyraf bin Yahya. Antara sekolah yang terlibat dalam program ini ialah SMK Rantau Petronas, SMK Mak Lagam, SMK Cukai dan lain-lain lagi. Program ini bertujuan untuk mengwar-warkan kepada pelajar tentang cara kemasukan ke universiti. 

Break through your fear!

Image
Seorang penceramah yang amat terkenal dengan cara pemotivasiannya telah datang ke sekolah kita pada 18 Julai yang lepas. Beliau telah bercadang untuk mengadakan satu ceramah motivasi bagi tingkatan 4 dan 5 secara percuma sejak bulan Mac yang lepas lagi. Program motivasi ini telah diadakan di Auditorium SMK Rantau Petronas.                                                                                     

Kejohanan Petanque

Image
Baru-baru ini,seramai 6 orang pelajar SMKRP telah mewakili sekolah bagi pertandingan Petanque peringkat daerah pada 16 Julai 2016 yang bertempat di PPD Kemaman. Pelajar-pelajar ini telah dibawa oleh dua orang guru, iaitu Cikgu Aziana dan Cikgu Asilah.  Atlet-atlet sekolah bersama guru pengiring

Pertandingan Catur

Image
Pertandingan catur peringkat daerah bagi tahun 2016 telah melibatkan 8 orang pelajar SMKRP bertempat di SMK Banggol pada 12 July baru-baru ini.

Seminar Elite Skor A Kimia

Image
Pada minggu lepas, seramai 6 orang pelajar Tingkatan 5 terdiri daripada 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan bersama seorang guru pengiring telah menyertai Kem Mata Pelajaran Kimia di Dewan Geliga

Temu Murni Bersama Ibubapa

Image
Pada minggu lepas, pelajar-pelajar tingkatan 3 & 5 telah bertemu guru -guru mata pelajaran bersama ibu bapa mereka untuk mengetahui dimana kekurangan dan dapat membaikinya sebelum peperiksaan awam PT3 & SPM bermula .

Majlis Iftar Jama'ie SMKRP 2016

Image
Majlis Iftar Jama'ie SMKRP 2016 telah berjaya diadakan pada 21 Jun baru-baru ini sempena malam Nuzul Qur'an. Pada tahun ini, majlis ini telah disambut dengan begitu meriah. Ramai tetamu yang hadir terdiri daripada para pelajar bersama-sama keluarga dan seluruh kakitangan SMKRP.   Para hadirin mula berkumpul

Frog VLE

Image
Baru-baru ini, beberapa pertandingan bagi program Frog VLE telah diadakan. Antaranya, pertandingan menghias dashboard dan pertandingan 'log-in' tertinggi. Setelah lama menanti, akhirnya keputusan para pemenang diumumkan.

Marhaban Ya Ramadhan

Image
Sempena bulan yang mulia ini, satu ceramah tentang Ramadhan telah disampaikan oleh seorang ustaz. Ceramah ini bertujuan untuk menambahkan lagi ilmu pelajar-pelajar dan memberi kesedaran kepada seluruh warga SMKRP tentang sirah dan fadhilat Ramadhan.  Ustazah Noraini sebagai pengacara majlis

Students International Exchange Programme

Image
Satu program yang besar telah diadakan dengan jayanya pada bulan Mei yang lepas iaitu Program Pertukaran Pelajar / Students International Exchange Programme 2016 di Medan, Indonesia anjuran Unit Bimbingan Kaunseling SMKRP dan Dinas Pendidikan Kota Deli Serdang. Peserta-peserta program ini bersama guru-guru

KEM MATEMATIK TAMBAHAN DAN SEJARAH TINGKATAN 5

Image
Pada 28 dan 29 April yang lalu, segelintir pelajar tingkatan 5 telah mengikuti Kem Addmath di SMK Banggol. Kem ini dianjurkan oleh sekumpulan guru cemerlang Addmath, yang diketuai oleh Cikgu Noor Ishak bin Mohd Salleh. Beberapa sekolah di daerah Kemaman menyertainya.            

Guru Pembina Negara Bangsa

Image
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA" ISNIN 16 MEI 2016 AUDITORIUM SMKRP

KEM MOTIVASI & ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG

Image
Pada hari Sabtu yang lepas bersamaan 7 Mei 2016,satu program motivasi dan anugerah pelajar cemerlang telah diadakan di Dewan Seri Meranti ECRO. Seramai 13 orang pelajar yang telah menyertai program ini. Majlis bermula jam 9 pagi hingga jam 5 petang.

Chorasical Sketch 2016

Image
Baru-baru ini, SMK Rantau Petronas telah berjaya menyertai pertandingan Chorasical Sketch peringkat daerah setelah membuat saringan antara 21 buah sekolah di daerah Kemaman. Sebanyak 9 buah sekolah yang terpilih iaitu SMK Rantau Petronas, SMK Sultan Ismail Satu, SMK Sultan Ismail Dua, SMK Bukit Kuang, SMK Binjai, SMK Chukai,SMK Bukit Mentok, SMK Badrul Alam Shah dan SMK Geliga. Bagi tahun 2016, pertandingan ini diadakan di Auditorium SMKRP. 

Program Jom STPM

Image
Selasa, 13 April 2016, Program Jom STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) telah diadakan di SMK Kampung Baru khususnya kepads pelajar 5 Progresif. Program ini diadakan untuk memberi galakkan kepad tingkatan 5 untuk melanjutkan pelajaran dan pada  yang sama memberitahu kebaikan STPM.

KEM RAHSIA SUPER HEBAT DAN TAKLIF PELAJAR PT3 & SPM 2016

Image
Pada 21 April 2016 hingga 23 April 2016 telah diadakan Kem Rahsia Super Hebat bagi menaikkan lagi semangat calon-calon PT3 dan SPM untuk menjawab peperiksaan mereka yang bakal menjelang. Seramai 109 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring menyertainya di Dewan Besar , Mayangsari Resort , Dungun.

SMKRP Bangkit Jua!

Image
Setelah 4 tahun menanti kemenangan, akhirnya SMKRP telah bangkit semula dalam pertandingan perbahasan Bahasa Inggeris peringkat daerah bagi tahun 2016. Pertandingan perbahasan Bahasa Inggeris ini diadakan pada hari Ahad bersamaan 17 April 2016 di SMK Sultan Ismail Satu.

Program Worksyop Solat Tingkatan 1

Image
Khamis, 14 April 2016, Program Worksyop Solat Pelajar Tingkatan 1 telah diadakan di Surau Lama Kerteh. Program ini bermula daripada jam 7:30 pagi hingga jam 5:00 petang. Program tersebut berlangsung selama 9 jam 30 minit. Program ini diadakan bertujuam memantapkan lagi tatacara solat dan juga meningkatkan ilmu pengetahuan berkenaan agama Islam pelajar-pelajar tingkatan 1.

Sambutan Hari Lahir Perdana 2016

Image
Pada 3 April 2016, Program Sambutan Hari Lahir Perdana telah diadakan di bawah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunselling. Tahun ini berlaku sedikit perbezaan di mana hari lahir pelajar diraikan secara serentak berbanding tahun sebelumnya.

MTQ Zon 2

Image
Selepas pertandingan MTQ peringkat sekolah, pertadingan MTQ peringkat Zon 2 pula berjaya diadakan pada 5 April 2016 bertempat di SMK Rantau Petronas sebagai tuan rumah pada tahun ini. Sebanyak 6 buah sekolah telah terlibat iaitu SMK Rantau Petronas, SMK Badrul Alam Shah, SMK Kerteh, SMK Kampung Baru Kerteh, SMK Kijal dan SMA Imtiaz Kemaman dengan jumlah keseluruhan peserta seramai 96 orang.      

Program Masih Ada Yang Sayang

Image
Satu program anjuran Kelab Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya diadakan pada 2 April 2016 iaitu Program Masih Ada Yang Sayang di Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi yang terletak di Kuala Terengganu. Rumah tunas harapan ini mempunyai seramai 73 orang penghuni. Pelajar-pelajar berada di dewan rumah tunas harapan 

MTQ

Image
Pada 29 dan 30 Mac 2016, program Musabaqoh Tilawah Quran ( MTQ ) anjuran Panitia Pendidikan Islam telah diadakan dengan jayanya. Sebanyak tiga pertandingan diadakan bagi program ini, antaranya ialah pertandingan tilawah Al-Quran, pertandingan hafazan Al-Quran dan pertandingan Nasyid.  Kumpulan-kumpulan nasyid yang  menyertai pertandingan nasyid.

Kejohanan Olahraga MSSD 2016

Image
Kejohanan Olahraga MSSD ( Majlis Sukan Sekolah Daerah ) telah berjaya diadakan di SMK Sultan Ismail yang berlangsung selama 4 hari iaitu dari 7 Mac hingga 10 Mac 2016. Seramai 55 orang pelajar SMKRP telah terlibat dengan kejohanan tersebut. Mereka dibahagikan kepada 4 kategori iaitu L15, L18, P15 dan P18. Mereka telah dipilih mewakili sekolah berdasarkan prestasi sukan yang ditonjolkan pada hari Kejohanan Padang dan Balapan Peringkat Sekolah pada bulan Februari yang lalu. Atlet-atlet yang telah mewakili SMK Rantau Petronas

Pertandingan Program KM1M

Image
Pertandingan dibawah Program KM1M telah diadakan di SMKRP pada hari ini. Antara pertandinganyang diadakan ialah Teka Silang Kata, Sudoku, Melukis Poster, Menjawikan Teks. Tujuan  pertandingan adalah untuk memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar bagi menyertai aktiviti-aktiviti pertandingan secara sihat.

Program Kem Membaca 1 Malaysia

Image
Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia bertujuan untuk membina tabiat membaca dalam kalangan pelajar sekolah dan memartabatkan pembelajaran sepanjang hayat. Tema Program Kem Membaca 1 Malaysia pada tahun ini ialah "Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia".

Keselamatan Melayari Internet

Image
Rabu, 23 Mac 2016, Taklimat Panduan Keselamatan Melayari Internet telah diadakan di dalam auditorium sekolah. Aktiviti ini dijalankan pada jam 3.00ptg - 4.30ptg. Taklimat ini diakan bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang kaedah selamat yang perlu diambil ketika melayari internet.     

Pengenalan Talasemia

Image
Pada 3 Mac yang lepas, dengan kerjasama daripada pihak Klinik Kesihatan Kemasik, pelajar-pelajar tingkatan 4 telah didedahkan dengan banyak maklumat berkenaan satu penyakit yang kian merebak luas pada masa kini iaitu penyakit Talasemia. Pendedahan tentang penyakit ini diadakan oleh klinik-klinik kesihatan kerajaan di seluruh negeri di Malaysia yang bertujuan memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang bahayanya Talasemia. C eramah ini telah diadakan di Auditorium SMK Rantau Petronas 

Penetapan Target SPM 2016

Image
 Program ini diadakan di Auditorium SMK Rantau Petronas pada 6 Mac yang melibatkan ibu bapa dan calon-calon SPM 2016 SMK Rantau Petronas. Program ini bertujuan untuk menunjukkan kepada ibu bapa tentang prestasi anak-anak dalam peperiksaan TOV serta membakar semangat calon-calon SPM 2016 untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan.

Perarakan Unit Beruniform

Image
Perarakan unit beruniform peringkat negeri telah diadakan pada 23 Februari 2016 seperti yang diarahkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu yang dilaksanakan secara serentak di seluruh Negeri Terengganu. Perarakan ini melibatkan semua guru dan murid mengikut unit-unit beruniform yang diwujudkan di sekolah. Pelajar2 berkumpul di dalam unit beruniform masing-masing  untuk mengambil kehadiran sebelum perarakan bermula

Program Penetapan Target PT3 2016

Image
Dengan jayanya Program Penetapan Target PT3 2016 telah diadakan pada 10 Mac yang melibatkan ibu bapa dan pelajar tingkatan 3 yang bakal menduduki peperiksaan PT3 pada tahun ini. Program ini dapat memberi suntikan semangat buat calon PT3 2016 untuk terus mencipta kecemerlangan dalam peperiksaan serta memberi maklumat kepada ibu bapa tentang prestasi anak-anak di sekolah.

Penyerahan Keputusan SPM 2015

Image
 Dengan gembiranya diumumkan bahawa pada 3 Mac yang lalu, pelajar tingkatan 5 tahun 2015 telah menerima keputusan SPM. Penyerahan slip peperiksaan SPM telah berlangsung di dalam auditorium sekolah pada pukul 11 pagi. Terdapat dua pelajar yang mendapat straight A's dalam peperiksaan SPM iaitu Mohd Syahir Bin Abdol Salam dan Guhaan A/L Balasubraniam.

Majlis Pelancaran NILAM Dan Frog VLE

Image
Majlis Pelancaran NILAM dan Frog VLE telah diadakan pada 6 Mac 2016 di auditorium sekolah. Pelancaran ini melibatkan semua pelajar dan guru bagi mengetahui erti NILAM dan fungsi Frog VLE. NILAM iaitu Nadi Ilmu Amalan Membaca adalah untuk pelajar-pelajar menjadikan membaca buku itu sebagai punca ilmu yang terbaik. Frog VLE pula ialah satu sistem pembelajaran dalam bentuk web oleh 1BestariNet.]

Mesyuarat Agung PIBG Ke-18

Image
Sukacita kami maklumkan bahawa telah dilaksanakan dengan jayanya Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali Ke-18 dan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Tahun 2015 pada 20 Februari 2016. Mesyuarat & Penyampaian Anugerah tersebut telah dilaksanakan di Auditorium SMK Rantau Petronas. Kain Rentang Mesyuarat Agung & Penyampaian Anugerah

Hari Sukan 2016 di SMKRP

Image
Majlis Kejohanan Sukan Olahraga Balapan & Padang SMK Rantau Petronas telah diadakan dengan jayanya pada 24 Februari baru baru ini dan semua warga SMK Rantau Petronas terlibat.   Pergerakan masuk padang yang dimulakan oleh pembawa panji-panji rumah sukan yang diketuai oleh Muhd Amir Hafizin b Muhd Fairo

Malam Amal Kasih D'Cakna

Image
Jamuan makan malam amal, Malam Amal Kasih D'Cakna telah berjaya diadakan pada 29 Januari 2016 di Kelab Golf Rantau Petronas Kerteh. Hadirin terdiri daripada YDP PIBG, NYDP PIBG, AJK PIBG, VIP, PPD Kemaman, Pegawai Perhubungan Sekolah, IPD Kemaman, Wakil SK Rantau, Wakil Kesihatan, Ibubapa, guru-guru dan pelajar SKRP. Buku aturcara majlis

Gotong Royong Perdana

Image
Satu aktiviti gotong-royong telah diadakan di SMK Rantau Petronas pada 28 Januari baru-baru ini. Gotong-royong telah melibat semua pelajar, guru, kakitangan dan ibubapa. Tujuan diadakan aktiviti gotong-royong adalah untuk menyemai cintakan kebersihan dan keindahan ke dalam diri pelajar SMKRP. Di antara aktiviti yang dijalankan termasuklah membersihan kawasan sekolah, memusnahkan tempat pembiakan jentik-jentik, menghias kelas dan mengecat.

Pertandingan Bola Keranjang MSSD 2016

Image
Pertandingan Akhir Bola Keranjang MSSD 2016 telah diadakan pada 28 Januari 2016. SMKRP telah menghantar satu pasukan untuk membawa cabaran ke peringkat daerah. Selepas beberapa siri perlawanan, pasukan telah berjaya mendapat tempat ke-3, bersama dengan sebuah lagi sekolah menengah. Somoga pasukan ini akan terus maju jaya pada masa akan datang . Tahniah dari kami di mysmkrp -NewAdmin

Kejohanan Merentas Desa MSSD 2016

Image
Kejohanan Merentas Desa MSSD 2016 telah diadakan di SMK Cheneh Baru pada 27 Januari 2016. SMK Rantau Petronas telah menghantar seramai 23 orang pelari yang mewakli 4 kategori utama L15, P15, L18 dan P18. Misi utama 2016 adalah untuk menambah jumlah pingat dan memperbaiki kedudukan SMKRP ddalam Daerah Kemaman. Pada 2015 SMKRP hanya memperolehi satu sahaja pingat menerusi pelari Nor Amanina.   Sandaran Pingat SMKRP

Taklimat DLP Kepada Penjaga

Image
Satu taklimat dan sesi penerangan berkaitan DLP (Dual Language Program) telah diadakan di Auditorium SMK Rantau Petronas pada 25 Januari, pukul 8.00 hingga 9.00 pagi. Tujuan taklimat adalah bagi memberi penerangan yang lebih jelas kepada ibubapa dan penjaga pelajar Tingkatan 1 tentang program DLP. DLP diperkenalkan di SMK Rantau Petronas bermula Tingkatan 1, 2016. Pelajar-pelajar kelas DLP akan belajar mata pelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris. Pelajar yang memilih untuk mengikuti program ini akan ditempatkan ke dalam kelas 1 Inovatif. Adalah diharapkan sesi taklimat yang diadakan ini akan memberikan pemahaman yang lebih luas kepada penjaga dan perlajar berkaitan program DLP. Tahniah dan selamat belajar kami ucapkan kepada semua pelajar yang telah terpilih untuk mengikuti program DLP bagi sesi 2016- NewAdmin  Taklimat disampaikan oleh Pengetua SMKRP

Lawatan Penanda Aras

Image
Satu program Lawatan Penanda Aras telah diadakan pada 22 dan 23 Januari 2016. Program disertai oleh semua guru dan kakitangan SMKRP. Lokasi utama lawatan ialah ke SMK Damansara Utama. Rombongan telah bertolak menaiki bas seawal 4 pagi dari perkarangan SMK Rantau Petronas.  Rombongan menaiki bas yang disewa khas